ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 31 Julai 2020.

1) WHO puji Arab Saudi laksana 'norma baharu' ibadah haji

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memuji usaha dan inisiatif yang dilakukan Arab Saudi dalam memastikan garis panduan dan protokol ibadah haji tahun ini dipatuhi susulan penularan COVID-19. 

2) Jangan terlalu longgarkan rentas sempadan antarabangsa, risiko masih ada - WHO

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengingatkan semua negara agar tidak terlalu melonggarkan rentas sempadan antarabangsa kerana risiko penularan COVID-19 masih ada, dan menegaskan strategi ‘risiko sifar’ tidak wujud, lapor Reuters. 

3) COVID-19: Singapura rekod 396 kes baharu, majoriti pekerja di asrama 

Singapura yang memasuki minggu keenam selepas pembukaan semula aktiviti ekonomi dan sosialnya, merekodkan 396 kes baharu jangkitan COVID-19 di republik itu hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan setakat ini berjumlah 52,205 kes. 

4) Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat kepada 108,376, kematian 5,131 

Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 60,739 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19. 

5) COVID-19: 67 hari tanpa kes jangkitan tempatan di Thailand 

Kesemua enam kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas melibatkan warga Thailand yang kembali dari luar negara baru-baru ini, menjadikan jumlah jangkitan kini kepada 3,310 kes. 
 
6) Sepanyol lapor kes jangkitan tertinggi dalam tempoh tiga bulan

Sepanyol melaporkan jumlah jangkitan kes positif COVID-19 yang tertinggi dalam hampir tiga bulan pada Khamis.

7) COVID-19: India rekod lonjakan kes harian tertinggi

India rekod lonjakan kes harian tertinggi COVID-19, yang mana 55,078 lagi jangkitan baharu disahkan pada Jumaat.

8) Tidak tahan adik dirogol, ibu didera, remaja tikam bapa tiri

Kompas melaporkan, dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang Khamis, suspek bertindak menikam dada mangsa menggunakan senjata tajam beberapa kali sehingga mati sebelum melarikan diri.