Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Raja Hisyam Raja Zaid
Ogos 16, 2020 13:05 MYT
Ogos 16, 2020 13:05 MYT
ANTARA pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 16 Ogos 2020.
Korea Selatan merekodkan 279 kes baharu jangkitan COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 15,318 kes dan 305 kematian pada Ahad.
Australia mengesahkan sebanyak 16 kematian dan 279 kes baharu COVID-19 direkodkan di Victoria, pada Ahad. Ketua Menterinya, Daniel Andrews berkata, jumlah itu bagaimanapun menunjukkan penurunan sejak beberapa minggu lalu.
Lapan puluh enam kes baharu COVID-19 dicatat di Singapura dalam tempoh 24 jam lepas dengan enam kes import, menjadi jumlah keseluruhan kes kepada 55,747.
TERDAPAT pertambahan 291,000 kes baharu COVID-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam di seluruh dunia menjadikan kes kumulatif global kini mencecah 21.3 juta.
ADIK bongsu kepada Presiden AS Donald Trump meninggal dunia hari ini. Punca kematian Robert Trump, 71, masih belum disahkan namun kesihatannya dilaporkan semakin merosot sejak beberapa hari lalu.
Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.5 pada skala Richter berlaku di Mindanao, Filipina 3.22 petang ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berlaku di kedudukan 123 kilometer barat daya dari Cotabato City, Filipina dengan kedalaman 578 kilometer.
Sepasang anak panda kembar gergasi menjadi tarikan penduduk setempat untuk melawat sebuah zoo di Berlin, Jerman.
Apa yang lebih menarik, panda kembar Meng Xiang dan Meng Yuan bakal menyambut kelahiran pertama pada 31 Ogos ini.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang ditinggalkan dalam van selama enam jam meninggal dunia pada petang Sabtu, empat hari selepas berada dalam keadaan koma.
Hospital Maharaj Nakhon Si Thammarat di Thailand mengesahkan kematian Thanakit Yodmanee akibat kegagalan beberapa organ.
#Australia
#Donald Trump
#Filipina
#gempa bumi
#Jerman
#kes positif
#Korea
#Korea Utara
#koronavirus
#Kuala Lumpur
#Malaysia
#meninggal dunia
#presiden
#Singapura