ANTARA pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 8 September 2020.
1) COVID-19: Thailand tingkat usaha elak gelombang jangkitan
Thailand terus meningkatkan ujian jangkitan COVID-19 dan pengesanan kontak bagi mengelak kemunculan satu gelombang jangkitan, selepas seorang deejay berumur 37 tahun yang ditahan kerana kesalahan berkaitan dadah didapati positif virus berkenaan pada 3 Sept lepas.
Jabatan Kawalan Penyakit Thailand dalam satu kenyataan berkata susulan pengesanan itu sejumlah 990 orang dianggap sebagai berisiko; termasuk anggota keluarga, tahanan serta orang ramai yang berada di mahkamah semasa deejay itu dibicarakan, terpaksa menjalani ujian COVID-19 sehingga kini.
2) Kes baharu COVID-19 cecah 27.2 juta di seluruh dunia
ANGKA jangkitan baharu positif COVID-19 dunia terus meningkat kepada lebih 250,000 kes dalam tempoh 24 jam.
Ini menjadikan jumlah kumulatif global mencecah angka 27.21 juta kes setakat jam 6 pagi ini.
3) Korban COVID-19 di seluruh dunia cecah 890,000
ANGKA korban akibat COVID-19 terus meningkat.
Statistik Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kematian global meningkat lebih 9,000 kes dalam tempoh 24 jam.
4) Pembunuh Khashoggi bebas hukuman mati, dipenjara 20 tahun
Mahkamah Riyadh, Arab Saudi menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun ke atas lima individu yang terlibat dengan kes pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi.
Seorang lagi tertuduh dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan dua lagi dipenjara selama tujuh tahun.
5) Jordan kecam keputusan Kosovo, Serbia pindah kedutaan ke Baitulmaqdis
KEMENTERIAN Luar dan Ekspatriat Jordan pada Isnin membantah keputusan Kosovo dan Serbia untuk memindahkan kedutaan ke Baitulmaqdis.
Sambil menyifatkan ia sebagai "pelanggaran yang jelas" terhadap undang-undang antarabangsa, jurucakap kementerian Daifallah Fayez berkata, keputusan itu jelas mencabuli resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
6) Gempa bumi kuat landa Laut Banda
GEMPA bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter landa Laut Banda, Indonesia, kira-kira 8.45 pagi ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa terletak 231 kilometer (km) tenggara Ambon di Indonesia, pada kedalaman 186km.
7) COVID-19: Kes positif di Indonesia lepasi angka 200,000
JAKARTA: Indonesia mencatatkan 3,046 kes positif COVID-19 baharu dalam tempoh 24 jam, menjadikan kes positif keseluruhan di republik itu kini meningkat kepada 200,035 kes.
Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 90,952 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.
8) COVID-19: 47 kes baharu di Singapura, sifar dalam komuniti
Singapura dalam pengesahan awal memaklumkan tambahan 47 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan pandemik di republik ini 57,091.
"Berdasarkan siasatan kami setakat ini, tiada kes dalam komuniti," menurut Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura dalam data ringkas yang dikeluarkan di sini hari ini.
Khairunnisa Kasnoon
Tue Sep 08 2020
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.