ANTARA pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 28 Oktober 2020.
1) COVID-19: Singapura tukar polisi pembayaran fasiliti SHN dan rawatan
SINGAPURA: Singapura tidak lagi akan menanggung kos Notis Duduk di Rumah (SHN) di kemudahan disediakan untuk warga Singapura (SC) dan Penduduk Tetap (PR) bermula dari 1 Jan 2021.
Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) menyatakan, perkara itu dikenakan kepada mereka yang kali terakhir meninggalkan Singapura sebelum 27 Mac 2020.
2) Pembangkang Thailand kelar lengan semasa sesi khas Parlimen
BANGKOK: Seorang ahli Parlimen pembangkang Thailand mengelar lengannya tiga kali dengan pisau kecil dalam rayuan emosionalnya, meminta kerajaan agar menyelesaikan situasi politik di negara itu, semasa sesi khas Parlimen di sini semalam.
Visarn Techatheerawat adalah Ahli Parlimen Chiang Rai dari Parti Pheu Thai, mengelar lengannya pada akhir sesi perbahasannya untuk memberi penjelasan mengenai ketegangan politik semasa kerajaan itu selepas ribuan penunjuk perasaan antikerajaan berarak di jalanan dalam beberapa minggu kebelakangan ini menuntut perubahan politik dilakukan termasuk peletakan jawatan Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha.
3) COVID-19: Rusia sahkan kematian tertinggi pernah dicatatkan
RUSIA melaporkan 320 kematian baharu akibat COVID-19, sekali gus menjadi angka korban tertinggi pernah dicatatkan.
Pada masa sama, sebanyak 16,550 lagi kes positif disahkan pada Selasa.
4) COVID-19: Kes positif global 43.9 juta, kematian hampir 1.17 juta
JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di peringkat global kini sebanyak 43,885,408.
Ini berikutan pertambahan ratusan ribu kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.
5) Mexico umum cuti berkabung tiga hari mengenang korban COVID-19
PRESIDEN Mexico Andres Manuel Lopez Obrador pada Selasa mengumumkan berkabung selama tiga hari sebagai penghormatan istimewa buat mereka yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19.
Hari berkabung itu juga jatuh serentak pada hari 'Day of the Dead' (Hari Orang Mati), cuti umum pada 2 November yang menjadi tradisi di Mexico.
6) Tiga terbunuh, 14 lagi cedera akibat serangan bom di Kabul
KABUL: Sekurang-kurangnya tiga terbunuh dan 14 lagi cedera dalam satu serangan bom di Kabul, Afghanistan.
Menurut laporan polis tempatan, letupan berkenaan berlaku di daerah polis kesepuluh di Kabul selepas penyerang meletupkan bom yang dipasang pada sebuah kereta di tepi jalan.
7) Ketua polis maut tertusuk taji ayam sabung
KETUA polis bandar San Jose, Filipina maut ketika melakukan satu serbuan ke atas sebuah sindiket judi ayam sabung selepas pisau taji salah seekor ayam terbabit tertusuk arteri femoralnya.
Lapor media tempatan, insiden ngeri tersebut berlaku di wilayah Samar Utara apabila mangsa, Leftenan Christian Bolok sedang mengangkat seekor ayam sabung untuk mengumpul bahan bukti di tempat kejadian.
8) Taufan Molave: Dua maut, 26 nelayan hilang di Vietnam
Sekurang-kurangnya dua maut selepas Taufan Molave membadai Vietnam pada pagi Rabu.
Menurut pihak berkuasa, 26 nelayan juga dilaporkan hilang apabila kapal mereka karam dilanda ribut yang disifatkan paling kuat tempoh 20 tahun.
9) Jangkitan COVID-19 di Indonesia lepasi angka 400,000
JAKARTA: Kes jangkitan COVID-19 di Indonesia kini melepasi angka 400,000 selepas mencatatkan 4,029 kes positif baharu dalam tempoh 24 jam lepas.
Bagaimanapun sebanyak 325,793 pesakit daripada 400,483 yang disahkan positif virus itu, telah sembuh daripada jangkitan berkenaan.
10) Lebih 29 juta rakyat Tanzania keluar mengundi
Rakyat Tanzania keluar mengundi hari ini sempena pilihan raya presiden dan parlimen, yang menyaksikan Presiden Tanzania, John Magufuli berharap memperoleh mandat penggal kedua untuk memerintah lagi lima tahun.
Dalam pada itu, blok pembangkang Tanzania menyuarakan amaran berkenaan pilihan raya itu yang didakwa telah dimanipulasi serta mencetus keganasan.
Khairunnisa Kasnoon
Wed Oct 28 2020
Antara pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 7 Disember 2024.