ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 5 November 2020.


1) COVID-19: Kes positif global hampiri angka 48 juta

JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi 47.88 juta.

Ini berikutan lebih 650,000 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.


2) COVID-19: Angka kematian di seluruh dunia cecah 1.22 juta

ANGKA kematian akibat pandemik COVID-19 mencecah 1.22 juta kes di seluruh dunia.

Statistik Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 terkini adalah sebanyak 1,221,489 kes.


3) Saham di Bursa AS meningkat, pelabur optimis keputusan Kongres

WASHINGTON: Saham di Bursa Amerika Syarikat ditutup tinggi pada Rabu dengan pelabur optimistik yang perubahan polisi besar akan sukar susulan persaingan sengit di Kongres.

Menurut laporan Reuters, antara saham yang menjadi tumpuan termasuk saham teknologi yang dijangka akan terus meningkat.


4) AS Memilih: Biden hanya kurang 6 undi untuk menang

WASHINGTON: Calon demokrat Joe Biden hanya memerlukan enam lagi undi elektoral untuk memenangi jawatan presiden Amerika Syarikat (AS) selepas kemenangannya di Michigan.


5) Selepas lapan bulan, jemaah luar negara kembali tunaikan ibadah umrah

Kumpulan pertama jemaah luar negara menunaikan umrah di Tanah Suci pada Rabu selepas ibadah itu ditangguhkan selama lapan bulan disebabkan penularan wabak COVID-19.

Menurut laporan Agensi Anadolu, jemaah pada awalnya perlu menjalani kuarantin selama tiga hari sebaik ketibaan sebelum boleh meneruskan perjalanan ke Masjidil Haram.

Biden diramal memperoleh 16 undi elektoral di negeri ini selepas mendahului dengan 49.9 peratus berbanding 48.6 peratus yang diraih Presiden Donald Trump.


6) Siapa menang Presiden AS? Media sosial tak mampu kawal berita palsu dakwaan kemenangan

KETIKA Donald Trump dan sekutunya membanjiri media sosial tentang dakwaan kemenangan dan tuduhan penipuan undi, syarikat media sosial segera mengeluarkan amaran kepada pengguna bahawa pengiraan undi pilihan raya itu masih belum selesai.

Hantaran di Twitter, Facebook dan laman lain buat masa ini menjadi cabaran kepada Silicon Valley yang selama ini tegas dalam aspek perkongisan maklumat yang salah dan pengisytiharan kemenangan yang terlalu awal, lapor Reuters.


7) Jangkitan COVID-19 di Indonesia lepasi angka 425,000

JAKARTA: Kes jangkitan COVID-19 di Indonesia kini melepasi angka 425,000 selepas mencatatkan 4,065 lagi kes positif baharu dalam tempoh 24 jam.

Bagaimanapun sebanyak 357,142 pesakit daripada 425,796 yang disahkan positif virus itu, telah sembuh daripada jangkitan berkenaan.


8) Kosovo President Thaci resigns after war crimes indictment confirmed

PRISTINA: Kosovo President Hashim Thaci resigned with immediate effect on Thursday after learning that the Kosovo war crimes tribunal had confirmed his indictment for war crimes.

“I resign today from the position of president,” Thaci told a news conference in the Kosovo capital Pristina, adding that his sources had informed him that the judge at the Kosovo Specialist Chamber in The Hague had confirmed his indictment.