ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 11 Disember 2020.

1) COVID-19: Kes jangkitan lebih 69.2 juta, kematian hampiri angka 1.6 juta

Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 69.2 juta. Ini berikutan pertambahan ratusan ribu kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.

2) Wartawan wanita ditembak mati di Afghanistan

Seorang wartawan dan aktivis hak asasi wanita terbunuh selepas ditembak oleh seorang lelaki bersenjata, dalam satu kejadian di Afghanistan, pada Khamis.

3) COVID-19: FDA syor penggunaan vaksin Pfizer

Vaksin COVID-19 buatan Pfizer semakin hampir mendapat kelulusan akhir untuk digunakan di Amerika Syarikat.

Mesyuarat panel penasihat vaksin pada Khamis mengesyorkan penggunaan vaksin oleh Pfizer dan Biontech itu untuk jutaan rakyat Amerika.

4) Elak jangkitan COVID-19 di tandas, anak kapal disaran pakai lampin pakai buang

Pada 25 November, Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) telah mengeluarkan garis panduan khas buat industri penerbangan negara itu, yang turut diawasinya.

5) Israel, Maghribi setuju pulihkan hubungan - Trump

Presiden Donald Trump pada Khamis mengumumkan Israel dan Maghribi "sepakat untuk menjalin hubungan diplomatik" dan menganggap perjanjian itu sebagai "kejayaan besar" untuk perdamaian di Timur Tengah, lapor Agensi Anadolu.

6) Kanak-kanak empat tahun di Itali didakwa dijangkiti COVID-19 lebih awal dari China

Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun di Itali dipercayai dijangkiti COVID-19 sejak November tahun lalu, dakwa sekumpulan saintis di negara itu.

7) Kemungkinan perjanjian Brexit gagal - Boris Johnson

Britain dan Kesatuan Eropah (EU) berkemungkinan gagal melindungi perdagangan bebas menjelang akhir tahun ini.

Perdana Menteri Boris Johnson berkata keadaan itu menyebabkan prospek suram dan lebih menekan prestasi mata wang pound ketika pasaran melihat peningkatan risiko ekonomi berpecah belah.

8) Tak cukup kemasukan pelawat asing, Thailand lanjut tempoh visa

Kabinet Thailand minggu ini meluluskan pelan untuk memperkenalkan visa khas pelancong tinggal lebih lama (STV) kepada pelawat asing dari seluruh dunia.

9) Tempoh kuarantin kendiri dipendekkan kepada 10 hari di UK

Tempoh kuarantin kendiri terhadap individu yang dikenal pasti sebagai kontak rapat pesakit COVID-19 dipendekkan kepada 10 hari di seluruh United Kingdom bermula Isnin.

10) 'Evermore' kejutan kedua Taylor Swift untuk tahun 2020

Album terbaharu yang berjudul "Evermore" itu dilancarkan beberapa jam selepas pengumuman mengenai berita berkenaan dibuat pada Jumaat.