ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 14 Disember 2020.
1) Rundingan perdagangan Brexit dilanjutkan, Boris Johnson enggan taruh harapan tinggi
UNITED Kingdom dan Kesatuan Eropah (EU) setuju melanjutkan rundingan perdagangan.
Keputusan dibuat selepas rundingan yang sepatutnya muktamad pada Ahad, masih menemui jalan buntu.
2) Lelaki maut ditembak polis selepas insiden tembakan di gereja di New York
SEORANG lelaki ditembak polis selepas beberapa das tembakan dilepaskan di New York pada petang Ahad waktu tempatan.
Insiden berlaku selepas satu konsert Krismas di sebuah gereja terkenal di Manhattan, Cathedral of St John the Divine.
3) Penulis legenda novel perisik John le Carre meninggal dunia
PENULIS legenda Britain, David Cornwell, atau lebih dikenali sebagai John le Carré meninggal dunia pada usia 89 tahun pada Sabtu.
Beliau meninggal dunia selepas mengalami radang paru-paru, namun tiada kaitan dengan COVID-19, menurut kenyataan Jonny Geller, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) agensi penulis The Curtis Brown Group.
4) Letupan kapal tangki di Pelabuhan Jeddah
DUBAI: Sebuah kapal tangki meletup di Pelabuhan Jeddah berhampiran dengan Laut Merah, lapor agensi berita Xinhua.
Memetik laporan Firma Perisikan Maritim, Dryad Global, letupan itu berlaku kira-kira pukul 10.11 malam waktu tempatan pada Ahad.
5) COVID-19: Thailand catat 28 kes baharu termasuk satu penularan tempatan
Thailand mencatat 28 kes baharu COVID-19 termasuk satu penularan tempatan dengan sifar kematian dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan keseluruhan kes jangkitan dilaporkan kepada 4,237 dan 60 kematian.
Sejumlah 27 kes import COVID-19 dilaporkan termasuk enam warga Thai yang kembali dari bandar di sempadan Myanmar, Tachileik.
6) Tiga maut, lima hilang selepas kapal bertembung dan karam
SEKURANG-KURANGYA tiga maut selepas dua kapal bertembung di muara Sungai Yangtze, China, pada tengah malam Ahad.
Menurut pihak berkuasa, pasukan penyelamat sedang mencari lima lagi kelasi yang masih hilang.
7) COVID-19: Jakarta terus catat kes tertinggi, 1,506 kes pada Isnin
KEMENTERIAN Kesihatan Indonesia memaklumkan 5,489 lagi kes baharu COVID-19 pada Isnin, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan positif di republik itu meningkat kepada 623,309 kes.
137 lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah kematian akibat virus itu meningkat kepada 18,956 kes.
8) Singapura lulus vaksin Pfizer-BioNTech, dijangka terima hujung tahun ini
SINGAPURA meluluskan penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech dan dijangka akan menerima dos vaksin pada hujung tahun ini.
Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada masa sama memaklumkan, beliau bercadang untuk menjadi yang terawal menerima vaksin tersebut.
Khairunnisa Kasnoon
Mon Dec 14 2020
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
AWANI 7:45 [13/12/2024] – Laporan RCI Kaji Keputusan Kabinet | Kapasiti 50 Megawatt | Kategori Oku Fizikal 65.2 Peratus | Majoriti Kekayaan Saham Tesla
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Banjir di Terengganu pulih, di Pahang, Perak, Johor tidak jauh berubah
Situasi banjir di Terengganu pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Kemaman ditutup pada 2.30 petang tadi.
Kes bayi beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
1MDB: Ada campur tangan AS untuk gugat pentadbiran Najib, komplot cemar nama baik - Shafee
Shafee Abdullah berkata, ia bukan spekulasi kerana memang telah terbukti berlaku, terutama ketika pentadbiran Parti Demokratik di AS.
Usul baharu untuk dakwa Presiden Yoon dibawa ke Parlimen
Usul kedua untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berhubung pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal dilaksanakan telah dibawa ke Parlimen pada Jumaat.
Yusoff Rawther akan kemuka representasi gugut tuduhan edar dadah, miliki senjata tiruan
Muhammed Yusoff Rawther akan mengemukakan representasi kepada Peguam Negara (AG) bagi mengugurkan pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram dan memiliki dua pucuk pistol tiruan.
Musk, individu pertama miliki kekayaan lebih AS$400 bilion
Elon Musk menjadi individu pertama yang dianggarkan memiliki kekayaan hingga melebihi AS$400 bilion, lapor Forbes dan Bloomberg. Sebahagian besar kekayaan Musk terdiri daripada saham syarikat pengeluar kereta elektrik, Tesla, dan syarikat aeroangkasa, SpaceX.
[TERKINI] Gagal teruskan permainan, slot separuh akhir Zii Jia dibatalkan
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, tidak dapat meneruskan saingan di final Jelajah Dunia BWF apabila menarik diri akibat kecederaan ketika bertemu, Li Shi Feng, sebentar tadi.
Final Jelajah Dunia BWF: Gagal teruskan permainan, penyertaan serta slot separuh akhir Zii Jia dibatalkan
Penyertaan pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, sah dibatalkan apabila terpaksa mengambil keputusan untuk menarik diri ekoran kecederaan ketika bertemu wakil tuan rumah, Li Shi Feng.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 7 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 6 Disember 2024.