ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 16 Disember 2020. 

1) Jerman optimis terima vaksin COVID-19 23 Disember ini

Jerman mengumumkan telah diberi jaminan bahawa Agensi Ubat-Ubatan Eropah (EMA) akan bersetuju dengan vaksin koronavirus pada 23 Disember ini.

2) Vaksin Moderna dapat 'lampu hijau' dalam kajian awal FDA

Tinjauan awal FDA mengesahkan keberkesanan dan keselamatan vaksin yang dikembangkan oleh Moderna dan Institut Kesihatan Kebangsaan.

3) COVID-19: Angka kematian global cecah 1.63 juta kes

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 302,000 kes.

4) COVID-19: Kes jangkitan seluruh dunia cecah 73.25 juta

Setakat pagi Rabu (16 Disember), data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 16.63 juta kes jangkitan.

5) COVID-19: Korea Selatan catat kes harian baharu tertinggi, bakal pertimbang SOP lebih ketat

Badan Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea melaporkan 1,078 kes baharu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara itu adalah 45,442.

6) EU lancar peraturan digital kawal syarikat gergasi teknologi

Syarikat teknologi besar bakal berdepan denda yang tinggi di Britain dan Kesatuan Eropah (EU) jika bersaing secara tidak adil atau gagal melindungi pengguna di platform mereka.

7) Permusuhan Tehran-Washington tidak akan tamat sekalipun Trump sudah berundur - Khamenei

Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei mengulangi pendirian bahawa permusuhan Tehran dengan Washington tidak akan tamat walaupun Presiden Amerika Syarikat (AS) yang ke-44, Donald Trump sudah berundur dari White House.

8) Terdesak inginkan perhatian, Jake Paul 'serang' rakan sepasukan Conor McGregor

Jake Paul yang kini bergelar petinju profesional, baru-baru ini melakukan satu lagi aksi yang mengundang kontroversi.

9) Cristiano Ronaldo akui lebih gemar tonton UFC, tinju berbanding bola sepak

Penyerang Juventus itu mendedahkan, jika menonton sukan di kaca televisyen, dia akan memilih sukan tempur meskipun minatnya adalah bola sepak.

10) Gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter landa Mindanao

Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 pada skala Richter berlaku di Mindanao, Filipina pada pukul 7.22 pagi, hari ini.