ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 24 Disember 2020.
1) COVID-19: Kes positif dunia kini lebih 78 juta, 1.7 juta kematian
Dunia merekodkan lebih 78 juta kes COVID-19 dengan Amerika Syarikat (AS) kekal menjadi negara tertinggi mencatatkan kes tersebut sebanyak lebih 18.4 juta.
2) COVID-19: UK laksana sekatan lebih ketat, varian baharu kedua dikesan
United Kingdom mengesan varian kedua COVID-19 yang lebih menular yang didakwa datang dari Afrika Selatan.
Setiausaha Kesihatan UK, Matt Hancock berkata, kedua-dua varian baharu itu adalah kontak kes yang telah melakukan perjalanan dari negara itu sejak beberapa minggu kebelakangan ini.
3) COVID-19: Hong Kong lulus penggunaan vaksin secara kecemasan
Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam berkata, peraturan baru itu akan beri kuasa kepada Menteri Kesihatan Hong Kong untuk meluluskan penggunaan vaksin itu.
4) COVID-19: Dubai mula beri suntikan vaksin Pfizer-BioNTech percuma
Langkah itu menuruti jejak Arab Saudi, negara Timur Tengah pertama memulakan proses inokulasi tersebut minggu lalu, menggunakan vaksin Amerika Syarikat (AS) dan Jerman itu.
5) Aisberg terbesar di dunia mula terpisah di Pulau Selatan Georgia
Satu daripada aisberg terbesar dunia dilaporkan telah mula terpisah dan ia dikesan oleh tentera Britain yang melakukan rondaan udara.
Bongkah aisberg itu dianggarkan tiga kali ganda lebih besar daripada kota raya London dan lebih besar daripada negara Luxembourg.
6) Mexico terima dos pertama vaksin COVID-19
Mexico menerima penghantaran pertama vaksin COVID-19 pada Rabu, menjadi negara Amerika Latin pertama yang menerima dos vaksin berkenaan.
7) Lelaki warga Perancis miliki senjata api, dadah ditahan di Bali
Seorang lelaki warga Perancis ditahan kerana memiliki senjata api dan dadah di pulau peranginan Bali, Indonesia.
Rayan Jawad Hendri Bitar ditahan pada Isnin selepas polis menemui beberapa jenis pistol dan peluru di rumah sewanya berhampiran kawasan pelancongan Kuta di Bali.
8) Warga Malaysia sendirian enam bulan terlantar sakit di hospital Australia
Terlantar sakit di katil hospital bersendirian tanpa ditemani ahli keluarga selama enam bulan bukan satu perkara yang mudah untuk dilalui oleh sesiapa sahaja.
9) COVID-19: Greece laksana sekatan perjalanan lebih ketat buat penumpang dari UK
Greece mengumumkan sekatan perjalanan yang lebih ketat dari United Kingdom termasuk melanjutkan tempoh kuarantin dari tujuh hari ke 10 hari.
10) Olimpik Tokyo: Jepun capai perjanjian bersama 68 penaja tempatan
Olimpik Tokyo telah mencapai perjanjian asas dengan kesemua 68 penaja tempatan bagi melanjutkan kontrak sehingga tahun hadapan sebagai sokongan penundaan acara berprestij itu.
Astro Awani
Thu Dec 24 2020
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Borneo [13/12/2024] – Renjatan Elektrik | Musa Aman TYT Sabah Baharu? | Cubaan Lemahkan Kerajaan Sabah
Tumpuan AWANI Borneo 13 Dis 2024 bersama Fauzi Zin
- Tiga pekerja kontraktor pemasangan alat solar maut terkena renjatan elektrik
- Spekulasi bertiup kencang, Musa Aman disebut-sebut bakal dilantik TYT Sabah baharu
- Tangkap layar perbualan WhatsApp bermotifkan poitik - Jeffrey
#AWANInews
- Tiga pekerja kontraktor pemasangan alat solar maut terkena renjatan elektrik
- Spekulasi bertiup kencang, Musa Aman disebut-sebut bakal dilantik TYT Sabah baharu
- Tangkap layar perbualan WhatsApp bermotifkan poitik - Jeffrey
#AWANInews
RUU mengenai hak kebebasan rakyat perlu perundingan lebih menyeluruh dengan ahli parlimen – Pegawai Ahli Parlimen
Pegawai Khas Ahli Parlimen Subang , Wong Ivan berkata perundingan dengan ahli-ahli parlimen perlu dilakukan dengan lebih menyeluruh dan diberi peruntukan masa yang lebih panjang untuk menilai sebarang usul Rang Undang-undang (RUU) yang dikemukakan oleh kerajaan. Jelasnya, perundingan ini adalah lebih mustahak apabila ia melibatkan yang memberi kesan kepada hak kebebasan rakyat untuk bersuara. #DialogAnakMuda
Hak kebebasan tidak akan tercapai selagi ‘Akta Sakit Hati’ masih wujud - SUARAM
Pengurus Program Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Azura Nasron berkata kebebasan bersuara yang hakiki tidak akan dapat dicapai selagimana masih ada peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Beliau mempertikaikan bahawa definisi ‘jelik melampau’ dalam peruntukan berkenaan tidak terlepas daripada kemungkinan akan disalahguna pada masa akan datang. #DialogAnakMuda
Pindaan Akta 588 tidak jamin persekitaran media sosial yang sihat – Ketua Pengarang Cilisos
Ketua Pengarang Cilisos Media, Iqbal Fatkhi berkata pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588) tidak menjamin persekitaran penggunaan media sosial yang sihat. Beliau mengkritik definisi ‘jelik melampau’ dalam Seksyen 233 Akta berkenaan yang masih tidak jelas dan samar. #DialogAnakMuda
Tekankan aspek penggunaan media sosial secara hemat pasca pindaan Akta 588 - Belia
Ahli Parlimen Belia Malaysia dan Yang Di Pertua Persatuan Alumni MFLS Universiti Malaya, Esther Ezhil Nanggai berkata belia perlu didedahkan dengan cara penggunaan media sosial yang berhemat susulan pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Jelasnya, peruntukan undang-undang tidak menjamin matlamat Akta berkenaan dicapai tanpa kesedaran dalam kalangan belia. #DialogAnakMuda
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Belia
Ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Perak dan Setiausaha Politik Ahli Dewan Negeri (ADN) Canning, Tan Li Pei berkata sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Jelasnya, kawalan terhadap unsur-unsur perkauman dan agama bukan suatu bentuk menafikan hak kebebasan bersuara rakyat. #DialogAnakMuda
Bekas remisier didakwa tipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan berhubung pembelian saham
Seorang bekas remisier mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen menipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan dalam urusan pembelian saham pembekalan peralatan golf, tahun lepas.
Patuh, jangan naikkan harga sesuka hati
Para peniaga diingatkan patuh kepada harga maksimum dan tidak sesekali menaikkan harga barangan ketika musim perayaan Krismas.
Dua ditahan disyaki samun bersenjata, menyamar anggota polis
Suspek bersenjatakan pistol datang ke rumah seorang wanita warga Indonesia kononnya untuk tujuan pemeriksaan selain memperkenalkan diri sebagai anggota polis.
Penduduk Samarahan dinasihat tidak terburu-buru jual tanah
ADUN Asajaya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, beliau yakin harga hartanah di Samarahan akan meningkat berkali-kali ganda pada masa akan datang.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 7 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 6 Disember 2024.