ANTARA pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 28 Disember 2020.
1) COVID-19: Thailand catat satu lagi kematian
Seorang pekerja pusat perjudian haram di wilayah Rayong menjadi mangsa ke-61 yang maut akibat COVID-19 di negara ini.
2) TPM Thai jalani kuarantin selepas ahli mesyuarat positif COVID-19
Timbalan Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul kini menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari selepas seorang gabenor wilayah yang menghadiri mesyuarat bersamanya disahkan positif COVID-19.
3) COVID-19: Trump tandatangani pelan rangsangan ekonomi AS$1.4 trilion
Ia sekali gus menamatkan ketidaktentuan selama beberapa minggu selepas Trump sebelum ini enggan menandatangani pelan tersebut.
4) COVID-19: Ambil pengajaran, labur dalam sistem pencegahan - WHO
Ketua Pengarahnya, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata dunia tidak bersedia menghadapi pandemik walaupun terdapat banyak amaran daripada komuniti saintifik sejak bertahun lamanya.
5) Bekas Menteri Pengangkutan Jepun maut akibat COVID-19
Bekas Menteri Pengangkutan Jepun, Yuichiro Hata, disahkan meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19 pada usia 53 tahun pada Ahad.
6) Rajinikanth dinasihat berehat seminggu selepas dibenar keluar hospital
Aktor berusia 70 tahun itu dibenarkan keluar dua hari kemudian selepas kadar bacaan darahnya semakin stabil.
7) Salji runtuh di Iran, pasukan penyelamat temui mayat ke-12
Sekurang-kurangnya 12 pendaki ditemui mati di kawasan pergunungan Tehran, Iran selepas ribut salji melanda kawasan itu, memetik sumber penyelamat dan polis pada Ahad.
8) COVID-19: Israel umum perintah berkurung ketiga
ISRAEL umum perintah berkurung ketiga sejak pandemik COVID-19 melanda.
Tindakan dikuatkuasakan susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19.
9) Pasca Brexit: Warga Britain perlu yakin dengan perjanjian perdagangan
WARGA Britain yang bimbang kesan daripada negara itu meninggalkan Kesatuan Eropah (EU), atau langkah Brexit, perlu yakin dengan perjanjian perdagangan bebas yang dipersetujui minggu lalu.
Menteri Kewangan Britain, Rishi Sunak berkata, ia merupakan salah satu perjanjian perdagangan bebas paling komprehensif yang pernah ditandatangani.
10) COVID-19: Jururawat penerima vaksin pertama di Poland
KETUA jururawat di hospital besar Kementerian Dalam Negeri Poland di Warsaw menjadi individu pertama menerima vaksin di negara itu.
Ia merupakan merupakan sebahagian kempen vaksinasi di Eropah yang bermula pada Ahad.
Nursyazwani Saiful Sham
Mon Dec 28 2020

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Malaysia Airlines ke arah pemulihan - Khazanah
Industri penerbangan di Malaysia mempunyai situasi terlebih bekalan untuk jangka masa yang sangat lama, ini menyebabkan penyatuan tidak dapat dielakkan.

Sarawak Pay jalin kerjasama dengan Union Pay International
Menerusi kerjasama itu, Sarawak Pay boleh digunakan untuk membuat pembayaran di luar negara dan di mana sahaja kod QR UnionPay diterima.

Setahun Malaysia Prihatin, Kementerian Kerja Raya capai KPI 99 peratus
Datuk Seri Fadillah Yusof berkata sejumlah 131 projek dilaksanakan di bawah kementerian itu dengan 111 projek telah disiapkan bernilai RM3.955 bilion pada tahun lepas.

Kanak-kanak lemas dalam besen: Pengasuh direman 4 hari
Reman ke atas wanita berusia 43 tahun itu dilakukan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Pelajar IPT terima manfaat ujian pengesanan COVID-19 percuma - Dr Adham
Kesemua pelajar insititut pengajian tinggi (IPT) dikecualikan daripada bayaran fi bagi ujian pengesanan COVID-19.
![AWANI Sarawak [04/03/2021] - 361 kes baharu | Sarawak Pay bertaraf antarabangsa AWANI Sarawak [04/03/2021] - 361 kes baharu | Sarawak Pay bertaraf antarabangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893689/24668264051614857265473_640x360.jpg)
AWANI Sarawak [04/03/2021] - 361 kes baharu | Sarawak Pay bertaraf antarabangsa
Laporan berita padat dan ringkas dari Bumi Kenyalang bersama Nickyson Nyambar membawakan tumpuan berikut: 1. 361 kes positif COVID-19 baharu dilaporkan, Miri catat angka tertinggi 2. Perlu 'SWAB test' tiga hari sebelum memasuki Sarawak 3. Sarawak Pay jalin kerjasama dengan Union Pay International Saksikan #AWANISarawak setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com.

Hubungan Bersatu-UMNO: Ada keputusan, Setiausaha Agung akan umum - Muhyiddin
Jelas Muhyiddin, keputusan itu akan hanya diumumkan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam masa terdekat.
![[SIDANG MEDIA] Perkembangan penularan jangkitan kes COVID-19 - 04 Mac 2021 [SIDANG MEDIA] Perkembangan penularan jangkitan kes COVID-19 - 04 Mac 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893687/24668264031614856105533_640x360.jpg)
[SIDANG MEDIA] Perkembangan penularan jangkitan kes COVID-19 - 04 Mac 2021
Ikuti sidang media oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkenaan perkembangan terkini penularan wabak #COVID19 di negara ini.

Miri catat angka tertinggi kes COVID-19 di Sarawak
Tidak mengikut SOP menjadi punca kenaikan kes di bandar minyak itu, melibatkan platform minyak dan gas di Baram.

Iklan vaksin COVID-19 dalam talian dikenal pasti sebagai palsu
Kerajaan dengan kerjasama Interpol sedang memantau sindiket penjualan vaksin palsu secara dalam talian - Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

COVID-19: Sudan terima 800,000 vaksin AstraZeneca
Lebih 800,000 dos vaksin AstraZeneca tiba di Bandar Khartoum.

COVID-19: Individu divaksinasi bakal terima Sijil Vaksinasi Pintar - Menteri Kesihatan
Sijil berkenaan akan berfungsi sebagai dokumen pengesahan kepada individu telah menerima suntikan vaksin COVID-19.

Telesidang ketua delegasi Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2022 dirasmikan
Pihaknya mengambil berat cadangan daripada pelbagai negara dan kawasan yang terlibat untuk mengutamakan atlet dengan menawarkan medan pertandingan yang canggih serta perkhidmatan bermutu tinggi.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang Selasa
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Vaksin: MMA mahu semua petugas penjagaan kesihatan disenarai bawah kategori 1
Ini selaras dengan gesaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk mempercepat ekuiti vaksin kepada semua petugas kesihatan.

Sukar untuk 'tewaskan' COVID-19 tahun ini - WHO
WHO memberi amaran bahawa adalah sesuatu yang 'pramatang' atau tidak realistik untuk membuat tanggapan kononnya boleh 'menewaskan' sepenuhnya pandemik itu pada akhir tahun ini.

COVID-19: Johnson & Johnson mula edar 4 juta vaksin dos tunggal
Vaksin keluaran syarikat itu ialah yang ketiga diluluskan untuk kegunaan kecemasan di Amerika Syarikat (AS).

WHO kesal vaksin diberikan kepada individu muda, sihat
Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Grebeyesus menyatakan rasa kesal apabila orang muda dan dewasa yang sihat di negara kaya mendapat suntikan vaksin COVID-19.

Bosnia ancam saman Covax jika tidak terima vaksin mengikut jadual
Bosnia akan menyaman program COVAX Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) jika negara itu tidak menerima vaksin berkenaan seperti yang dijadualkan.

China benarkan paras pencemaran udara lebih tinggi 'sedikit' tahun ini
Standard kualiti udara kebangsaan China kini pada paras 35 mikrogram per meter kubik, yang sudahpun melebihi paras yang disyorkan WHO.