ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 8 November 2021.

1. Mahkamah Tinggi Singapura benarkan penangguhan hukuman mati warga Malaysia

Mahkamah Tinggi Singapura hari ini membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman terhadap seorang warga Malaysia yang sepatutnya menjalani hukuman gantung pada Rabu (10 Nov) atas sabitan mengedar dadah.

2.  Ismail Sabri, Hsien Loong lancar Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin

Malaysia dan Singapura akan melancarkan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (Vaccinated Travel Lane) antara Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mulai 29 November 2021.

3. COVID-19 | AS mula terima pelancong asing

Amerika Syarikat buka semula sempadannya kepada pelancong yang lengkap divaksin bermula Isnin. Kebenaran ini sekaligus menamatkan larangan kemasukan sejak 20 bulan lalu.

4. Kemarau dahsyat di Kenya: "Kalau ternakan mati, kami pun akan mati..."

Ketika para pemimpin dunia sedang berbincang di sidang kemuncak dunia di Glasgow, penggembala dan penternak haiwan di Kenya hanya dapat menyaksikan haiwan mereka menderita akibat kekurangan air dan makanan.

5. Duta Khas baharu ke Afghanistan mulakan lawatan ke Eropah, Asia

Duta Khas Amerika Syarikat (AS) ke Afghanistan yang baharu dilantik Thomas West memulakan kunjungannya ke Eropah dan Asia hari ini. Kunjungan pertama beliau adalah ke Brussels untuk berunding dengan sekutu dan rakan-rakan kongsi.

6. COVID-19 | Angka korban global melebihi 5.048 juta kes

Angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 5.048 juta. Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat yang kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 754 ribu kes.

7. COVID-19 | Kes positif seluruh dunia melebihi 249.8 juta

Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia ketika ini melepasi 249.8 juta. Ini berikutan lebih empat ratus ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

8. Latihan Ketenteraan | Iran lancar latihan di perairan Teluk Oman

Tentera Iran melancarkan latihan ketenteraan tahunan di kawasan perairan Teluk Oman. Latihan ini diteruskan kurang sebulan sebelum rundingan nuklear dengan blok barat disambung semula.

9. Setiausaha Luar UK mulakan lawatan seminggu ke Asia Tenggara

Setiausaha Luar United Kingdom (UK) Liz Truss tiba di Malaysia pada Ahad untuk memulakan lawatan seminggu ke Asia Tenggara bagi memperkukuh hubungan ekonomi dan keselamatan dengan negara yang diramal berkembang pesat dan menjadi semakin penting.

10. West Ham 'ketuk' Liverpool di London

Ia menamatkan rekod 25 perlawanan tanpa kalah Liverpool dalam semua kejuaraan dan pada masa sama mengekori rapat The Reds.