ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 4 Januari 2022.

1. COVID-19: Omicron | Semua sekolah ditutup di Ontario

Semua sekolah di Ontario, wilayah paling padat di Kanada ditutup bermula semalam kerana kebimbangan penularan jangkitan COVID-19 dicetuskan varian Omicron.

2. Pelakon Emma Watson suarakan solidariti dengan Palestin

Pelakon British Emma Watson menyuarakan solidariti bersama aktivis pro-Palestin di media sosial, sehingga menimbulkan tentangan daripada para pegawai Israel dan juga pujian daripada pengguna media sosial yang pro-Palestin. 

3. Ketua PBB alu-alukan kenyataan bersama negara bersenjata nuklear

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Isnin mengalu-alukan kenyataan bersama pemimpin negara bersenjata nuklear - Rusia, China, Amerika Syarikat, Britain dan Perancis - berhubung pencegahan perang nuklear dan menghindari perlumbaan penghasilan senjata.

4. Vaksin COVID-19 | India mula suntik remaja 15-18 tahun

Pihak berkuasa kesihatan India mula memberi suntikan vaksin COVID-19 kepada remaja berusia 15 hingga 18 tahun pada Isnin. Ia dibuat ketika lebih banyak negeri mula melaksanakan sekatan pergerakan lebih ketat dalam mengekang penularan virus itu yang dicetuskan oleh varian.

5. Politik Iran | Iran belum iktiraf Taliban di Afghanistan

Iran belum mahu mengiktiraf kerajaan Taliban di Afghanistan. Kementerian Luar Iran memaklumkan, pada dasarnya, kerajaan republik Islam itu belum sampai ke satu tahap untuk mengiktiraf Taliban.

6. Kebakaran | Parlimen Afrika Selatan terbakar kali kedua

Api marak semula di bangunan Parlimen Afrika Selatan di Cape Town, beberapa jam selepas ia dikatakan dapat dikawal pasukan bomba. Dalam kejadian terbaharu, asap kelihatan berkepul-kepul di luar bangunan Parlimen itu ketika mana anggota bomba berhempas pulas mengawal kebakaran.

7. COVID-19 | Lagi bandar di China kenakan sekatan pergerakan

Sebuah lagi bandar di China melaksanakan sekatan pergerakan disebabkan berlakunya peningkatan kes COVID-19. Sekatan di Yuzhou, wilayah tengah Henan itu turut menggantung kelas dan operasi perkhidmatan pengangkutan awam.

8. Dos Penggalak | AS lulus vaksin Pfizer untuk kanak-kanak 12 tahun ke atas

Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat meluluskan suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 jenis Pfizer bagi kanak-kanak seawal usia 12 tahun. Ia sekali gus mengembangkan lagi program vaksinasi dos penggalak selepas meluluskan untuk mereka yang berusia 16 tahun ke atas sebelum ini.

9. Cuaca | Arab Saudi dilanda salji sejak Sabtu

Sebuah gunung di barat laut Arab Saudi, Tabuk dilanda salji sejak Sabtu. Dilaporkan, ratusan kenderaan tersangkut di jalan raya ketika orang ramai mahu menikmati cuaca luar biasa di kawasan berdekatan sempadan Jordan itu.

10. Korea Selatan cari penceroboh masuk Korea Utara

Menurut tentera Korea Selatan, lelaki itu dipercayai individu yang datang dari Korea Utara pada 2020, juga dengan menyeberangi sempadan secara haram.