ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 4 April 2022.

1. Hong Kong | Carrie Lam tidak bertanding untuk penggal kedua

Pemimpin Hong Kong, Carrie Lam mengumumkan tidak akan bertanding untuk penggal kedua. Beliau memegang jawatan sebagai Ketua Eksekutif selama lima tahun dan ia bakal tamat pada 30 Jun ini.

2. Gabenor Bank Negara Sri Lanka letak jawatan

Selepas peletakan jawatan seluruh Kabinet Perdana Menteri Mahinda Rajapaksa pada Ahad, kini gabenor Bank Negara Sri Lanka pula mengumumkan melepaskan jawatannya pada Isnin.

3. Nasib Imran Khan ditentukan Mahkamah Agung Pakistan lewat petang ini

Nasib Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan bakal ditentukan oleh Mahkamah Agung negara itu berikutan kemelut politik yang berlaku ketika ini, lapor BBC.

4. Pembunuhan orang awam di Ukraine: PBB gesa siasatan bebas dijalankan

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Ahad menggesa siasatan bebas dijalankan mengenai insiden lebih 400 orang awam terkorban di Bucha, Ukraine selepas pengunduran tentera Rusia.

5. Presiden Ukraine Zelenskyy muncul di Anugerah Grammy menerusi rakaman video

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy pada Ahad muncul dalam sebuah rakaman video di Anugerah Grammy ke-64, lapor United Press International (UPI).

6. Ujian saringan antigen, NAT dijalankan di seluruh Shanghai

Sejumlah 92,405 kontak rapat pesakit COVID-19 telah diperiksa dan dikuarantin dengan 89,805 daripadanya didapati negatif, sehingga pukul 9 pagi tadi, menurut Suruhanjaya Kesihatan Shanghai.

7. Bantahan memuncak, menteri Kabinet Sri Lanka tawar letak jawatan

Menteri-menteri Kabinet Sri Lanka pada Ahad menawarkan untuk meletak jawatan ekoran peningkatan protes di tengah ketidakstabilan ekonomi dan kekurangan bahan api yang meruncing.

8. Orban menang pilihan raya Hungary

Parti gabungan Fidesz-KDNP pimpinan Perdana Menteri Hungary, Viktor Orban memenangi pilihan raya Parlimen pada Ahad, menurut keputusan awal Pejabat Pilihan Raya Nasional.

9. Sanggup disuntik 90 kali gara-gara jual kad vaksinasi

Seorang lelaki Jerman berusia 60 tahun sanggup membiarkan diri sendiri diberi suntikan vaksin COVID-19 sehingga 90 kali tanpa menghiraukan kesan ke atas tubuh badannya.

10. Harga minyak global turun 1% berikutan gencatan senjata UAE dan Houthi

Harga minyak jatuh pada permulaan perdagangan Asia pada Ahad, selepas Emiriah Arab Bersatu dan kumpulan Houthi yang bersekutu dengan Iran menyambut baik gencatan senjata yang akan menghentikan operasi ketenteraan di sempadan Saudi-Yaman, mengurangkan beberapa kebimbangan mengenai kemungkinan isu berkaitan bekalan minyak dunia.