ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 13 April  2022.

1. Ekonomi | Lubnan kini berdepan krisis roti, gandum

Krisis roti kini sedang melanda beberapa bahagian di Lubnan ketika negara kecil Mediterranean bergelut dengan kekurangan tepung kritikal dan kejatuhan mata wang. Bank Pusat Lubnan dilaporkan telah menangguhkan pembayaran import gandum kerana rizab mata wang jatuh, sejak krisis ekonomi bermula pada akhir tahun 2019.

2. 18 maut nahas jalan raya di Papua Barat Indonesia
Nahas berlaku pada pukul 3 pagi ketika lori membawa 29 penumpang menuruni bukit di daerah kecil Minyambouw, Pergunungan Arfak.

3. 'Dinamik sifar COVID-19' masih relevan dalam situasi semasa China

Pendekatan 'dinamik sifar COVID-19' dan protokol antiwabak yang dilaksanakan di China adalah berasaskan sains serta nasihat pakar, dan selaras dengan garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

4. Ekonomi | Perdagangan China dengan Rusia, Ukraine meningkat

Jumlah dagangan antara China dengan Rusia dan Ukraine meningkat pada suku pertama tahun ini. Ia tatkala Rusia memulakan pencerobohan terhadap Ukraine pada Februari.

5. Tragedi stesen keretapi bawah tanah: Polis kesan suspek tembakan rambang

Sekurang-kurangnya 10 cedera selepas terkena tembakan rambang dalam kereta api bawah tanah ketika waktu puncak di Brooklyn, New York pada Selasa.

6. Angka kematian bencana tanah runtuh Filipina mencecah 60 orang

Angka kematian dari bencana tanah runtuh dan banjir di Filipina meningkat ke sekurang-kurangnya 58 orang pada Rabu, dengan anggota penyelamat terus mencari lebih banyak mangsa yang tertimbus dalam lumpur.

7. Korea Selatan perluas suntikan penggalak kedua

Kementerian Kesihatan Korea Selatan mengumumkan memperluaskan pemberian suntikan penggalak vaksin COVID-19 kedua kepada individu berusia lebih 60 tahun ketika negara itu masih berjuang memerangi varian Omicron, lapor Reuters.

8. Lebih 720 orang awam maut di Kyiv, Ukraine

Lebih 720 orang awam terkorban dalam operasi ketenteraan Rusia di wilayah Kyiv, Ukraine, menurut Agensi Anadolu.

9. Parti di Downing Street, PM UK mohon maaf tapi enggan letak jawatan

Perdana Menteri Britain Boris Johnson pada Selasa memohon maaf selepas didenda kerana menghadiri parti di Downing Street pada 19 Jun tahun lalu, ketika pandemik COVID-19 melanda.

10. Umat Islam akan berpuasa dua kali setahun pada 2030

Lapan tahun lagi iaitu pada 2030, umat Islam di seluruh dunia akan menjalani ibadah puasa dan sambutan Hari Raya Aidilfitri sebanyak dua kali, berdasarkan kalendar Gregorian, kata seorang ahli astronomi Arab Saudi, Khaled al-Zaqaq.