ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 15 April 2022.

1.Polis Israel ceroboh Masjid Al-Aqsa, sekurang-kurangnya 60 rakyat Palestin cedera - Laporan

Sekurang-kurangnya 60 penduduk Palestin cedera akibat pertempuran dengan unit polis Israel, yang menceroboh Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis, lapor Sputnik

2. Polis UAE edar juadah berbuka puasa kepada pemandu

Setiap kali hadir Ramadan, pandangan kita pasti tidak akan terlepas pada beberapa aktiviti yang lazimnya hanya dilihat pada bulan penuh kemuliaan itu.

3. COVID-19 | Kes dunia lepasi 500 juta, varian BA.2 Omicron dominasi

Kes COVID-19 global melepasi 500 juta pada Khamis dengan sub-varian BA.2 Omicron melonjak di banyak negara di Eropah dan Asia. Peningkatan BA.2 merupakan punca lonjakan kes baru-baru ini di China serta rekod jangkitan tinggi di Eropah.

4. COVID-19 Shanghai | Penduduk merayu kediaman tidak diambil

Situasi di Shanghai masih buruk berikutan peningkatan kes koronavirus dan penutupan bandar itu. Pada Khamis, tular di media sosial penduduk Shanghai bertengkar dengan polis yang berpakaian hazmat.

5. Dana Kecemasan PBB | Isu kebuluran bertambah buruk akibat Ukraine-Rusia

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan membiayai dana kecemasan sebanyak 100 juta dolar untuk tujuh negara yang berdepan krisis kebuluran. Menurut Jurucakap PBB, Stephane Dujarric, jutaan penduduk di negara-negara terlibat bakal mengalami kebuluran apabila terkena tempias konflik di Ukraine.

6. Vaksin Kanak-Kanak | Dos ketiga tingkat perlindungan terhadap Omicron

Dos ketiga vaksin COVID-19 daripada Pfizer-BioNTech menghasilkan perlindungan ketara terhadap varian Omicron pada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun. Perkara itu disahkan Pfizer berdasarkan analisis serum darah 30 peserta pediatrik yang menerima dos penggalak menunjukkan peningkatan 36 kali ganda dalam antibodi peneutral omicron.

7. Kempen Joe Biden | Guna Putin sebagai alasan harga barang naik

Presiden Amerika Syarikat Joe Biden cuba memenangi kembali hati pengundi enam bulan menjelang pilihanraya separuh penggal presiden. Dalam siri jelajah domestiknya, beliau kekal menggunakan modal Putin atas kenaikan harga barang di negara itu meskpun harga minyak sudah meningkat di negara itu sebelum krisis Ukraine tercetus.

8. Isu Rusia-Ukraine | Sekatan tenaga Rusia hanya jejaskan ekonomi dunia

Presiden Rusia Bladimir Putin berkata, tindakan negara barat menyekat sumber tenaga Rusia hanya akan menjejaskan ekonomi dunia. Malah, sumber gas asli Rusia tidak boleh diganti oleh mana-mana sumber lain di dunia.

9. Kapal Movska Rusia karam selepas alami kerosakan serius

Rusia pada Khamis berkata kapal utama armadanya di Laut Hitam, kapal penjelajah peluru berpandu Moskva, tenggelam dalam laut bergelora ketika ia ditunda ke pelabuhan selepas rosak akibat letupan.

10. Beraksi di Eropah bakal ubah nasib Spurs - Conte

Bagaimanapun, katanya, Tottenham berdepan cabaran sukar untuk mendapatkan tempat dalam saingan utama Eropah.