ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 28 April 2022.

1. NATO alu-alukan penyertaan Finland, Sweden

Ketua Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) Jens Stoltenberg pada Khamis berkata organisasi ketenteraan itu mengalu-alukan penyertaan Finland dan Sweden "dengan tangan terbuka" jika kedua-dua negara memutuskan untuk berbuat demikian.

2. Isu Rusia-Ukraine | Rusia hentikan bekalan kepada dua ahli NATO

Rusia menghentikan bekalan gas asli kepada dua negara ahli NATO iaitu Poland dan Bulgaria dan bakal melibatkan lebih banyak negara.

3. Korea Selatan bekalkan gas ke Eropah susulan krisis Ukraine

Korea Selatan bercadang menghantar sebahagian bekalan gas asli cecair (LNG) ke Eropah bagi membantu mengurangkan krisis tenaga susulan operasi ketenteraan Rusia di Ukraine, menurut pegawai kerajaan pada Khamis.

4. COVID-19: Kelonggaran SOP di 'komuniti bebas COVID' China

Pihak berkuasa Shanghai akan memulakan ujian saringan COVID-19 bermula beberapa hari akan datang bagi menentukan kawasan kejiranan yang selamat untuk melonggarakan sekatan pergerakan yang dikuat kuasakan sebelum ini.

5. Wabak Salmonella dalam produk coklat menular di 11 negara - WHO

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu memaklumkan terdapat lebih 151 kes disyaki bakteria salmonellosis dikaitkan dengan produk coklat "Kinder" keluaran Belgium.

6. 4 maut jambatan runtuh di Filipina

Seorang pelancong Austria dan tiga rakyat tempatan maut selepas jambatan berusia beberapa dekad runtuh di wilayah Bohol tengah Filipina pada petang Rabu.

7. 4 maut dalam kejadian tembakan di Mississippi

Empat maut dalam dua kejadian tembakan di Mississippi, Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, menurut polis.

8. Global | Lapan terbunuh dalam rusuhan pekerja di Mexico

Sekurang-kurangnya lapan terbunuh dan 11 cedera dalam rusuhan kumpulan pekerja yang bertempur di kilang simen di Hidalgo, Mexico Tengah.

9. Ketua PPP Bilawal dilantik Menteri Luar baharu Pakistan

Ketua Parti Rakyat Pakistan (PPP) Bilawal Bhutto-Zardari pada Rabu dilantik sebagai Menteri Luar baharu Pakistan.

10. Lailatul Qadar | 250,000 solat jemaah di Masjid Al-Aqsa

Dianggarkan 250,000 umat Islam menunaikan solat di Masjid Al-Aqsa pada Rabu sempena malam Lailatul Qadar. Tiada insiden dilaporkan, meskipun ketika ketegangan meningkat antara Israel dan Palestin.