ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 29 April 2022.

1. Gelombang Haba | Suhu pecah rekod, hasil gandum India terkesan

Gelombang haba melanda India lebih awal dan lebih teruk daripada jangkaan awal. Ia sekaligus memberi kesan kepada hasil gandum negara itu ketika ketidakstabilan pasaran gandum global akibat perang Rusia-Ukraine.

2. Malaysia gesa kuasa veto UNSC dihadkan, berusaha ke arah pembaharuan Majlis Keselamatan

Malaysia menggesa penggunaan kuasa veto oleh ahli tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dihadkan dan memperjuangkan pembaharuan menyeluruh Majlis itu.

3. Kecuaian rakan punca kematian Tangmo Nida, 6 ditahan bantu siasatan

Polis Thailand menyimpulkan punca kematian pelakon Nida 'Tangmo' Patcharaveerapong yang terjatuh dari bot di Sungai Chao Phraya di Nonthaburi, utara Bangkok pada 24 Februari lalu disebabkan oleh kecuaian.

4. Moderna minta FDA luluskan vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak bawah 6 tahun

Moderna pada Khamis meminta Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat meluluskan kegunaan vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak berumur enam bulan hingga lima tahun, lapor Xinhua.

5. Amerika lulus rang undang-undang bantu Ukraine

Dewan Perwakilan Amerika Syarikat pada Khamis meluluskan undang-undang yang akan menyelaras program pajakan-pinjaman ketenteraan era Perang Dunia II, bagi membantu Ukraine melawan pencerobohan Rusia.

6. Konflik Afghanistan | Sembilan maut, 13 cedera dalam dua serangan bom

Sekurang-kurangnya sembilan maut, manakala 13 yang lain cedera selepas insiden dua letupan mengegarkan utara Afghanistan pada Khamis. Letupan itu menyasarkan dua kenderaan berasingan di Mazar E-Sharif, ibu kota wilayah Bakh.

7. COVID-19 Global | Pertambahan lebih 800,000 kes baharu dalam sehari

Terdapat pertambahan lebih 800 ribu kes positif covid-19 direkodkan di seluruh dunia dalam tempoh 24 jam lepas. Ini menjadikan jumlah kes baharu yang direkodkan melebihi angka 512 juta kes.

8. Krisis Rusia-Ukraine: Serangan peluru berpandu, Rusia cuba malukan PBB

PRESIDEN Ukraine Volodymyr Zelenskyy pada Khamis mendakwa, lima peluru berpandu menyasarkan ibu kota negara itu selepas pertemuannya bersama Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres.

9. Ukraine-Rusia | Serangan bom di Kyiv musnahkan bangunan

Ibu kota Ukraine, Kyiv pada Khamis digegarkan dengan insiden pengeboman Rusia yang menyebabkan beberapa bangunan terbakar. Serangan itu berlaku ketika Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan siri lawatan ke ibu negara itu.

10. Rusia-Ukraine | Guterres tiba di Ukraine, bertemu Zelenskyy

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Antonio Guterres tiba di Borodyanka, Ukraine pada Khamis sebelum mengadakan pertemuan dengan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy. Beliau dibawa melihat kerosakan di bandar yang terkesan akibat konflik Rusia-Ukraine.