ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Mei 2022.

1. Perintah berkurung di Sri Lanka dilanjutkan sehingga 11 Mei

Presiden Sri Lanka Gotabaya Rajapaksa pada Selasa melanjutkan perintah berkurung sehingga 11 Mei susulan bantahan yang masih berterusan di negara ini.

2. Kes harian COVID-19 di Taiwan lepasi 50,000 buat pertama kali

Kes harian COVID-19 di Taiwan pada Selasa melebihi angka 50,000 buat pertama kali dengan 50,828 kes baharu dan 12 kematian dicatatkan, menurut Pusat Pencegahan dan Kawalan Epidemik (CECC).

3. Filipina Memilih | Hormati suara rakyat – Leni Robredo

Calon Presiden Filipina Leni Robredo menyeru penyokongnya supaya menghormati suara rakyat, selepas seterunya, Ferdinand Marcos Junior mendahului kiraan undi tidak rasmi dan dijangka menang mudah dalam Pilihan Raya Presiden. Peguam Hak Asasi Manusia itu turut menyeru supaya penyokongnya memperjuangkan nilai-nilai patriotik di luar kotak undi.

4. Angka kematian akibat letupan di hotel Cuba meningkat kepada 35

Operasi mencari dan menyelamat mangsa insiden letupan di sebuah hotel mewah di ibu negara Cuba masih diteruskan

5. Adakah waktu kerja 9-5 untuk 5 hari seminggu masih relevan?

Sejak COVID-19 melanda dunia, terdapat banyak perubahan yang dilakukan pada cara dan gaya hidup manusia antaranya perubahan yang sedang dialami oleh setiap negara iaitu dari segi waktu dan cara bekerja.

6. UK: Istiadat pembukaan Parlimen tanpa kehadiran Ratu Elizabeth II

Ratu Elizabeth II tidak akan menghadiri istiadat pembukaan Parlimen pada Selasa, menurut kenyataan Istana Buckingham pada Isnin.

7. 'Pesawat kiamat' sertai sambutan Hari Kemenangan Soviet terhadap Nazi

Presiden Rusia, Vladimir Putin mengirimkan peringatan 'hari kiamat' kepada negara Barat ketika Moscow memperingati sambutan 77 tahun kemenangan Kesatuan Soviet terhadap Nazi Jerman.

8. Wanita didakwa bunuh anak sendiri pada Hari Ibu

Seorang wanita didakwa di Mahkamah California, Amerika Syarikat pada Isnin atas tuduhan membunuh tiga anaknya.

9. 1 maut, puluhan cedera dalam nahas kereta api tergelincir di Austria

Sekurang-kurangnya seorang maut dan puluhan lagi cedera selepas dua gerabak kereta api tergelincir dan terbalik berhampiran Vienna, Austria.

10. COVID-19: Shanghai lanjutkan sekatan

Pihak berkuasa Shanghai sekali lagi melanjutkan sekatan penularan COVID-19 selepas bandar itu memasuki perintah sekatan melebihi sebulan.