ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Mei 2022.

1. Qatar kecam tentera Israel bunuh wartawan Al Jazeera

Kementerian Luar Qatar pada Rabu mengecam pembunuhan seorang wartawan veteran Al Jazeera oleh tentera Israel di Tebing Barat yang dicerobohi, lapor Agensi Anadolu.

2. Wartawan Al Jazeera maut ditembak tentera Israel

Tentera Israel telah menembak mati seorang wartawan Al Jazeera, Shireen Abu Akleh, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin.

3. Misi diplomatik India di Colombo nafi beberapa ahli politik Sri Lanka lari ke India

Misi diplomatik India di Colombo menafikan laporan beberapa ahli politik Sri Lanka melarikan diri ke India ketika Sri Lanka menyaksikan keganasan yang semakin meningkat dan bergelut untuk mengatasi krisis kewangannya yang meruncing.

4. Pakar kesihatan berpendapat COVID-19 belum boleh dianggap endemik - Laporan

Pakar kesihatan berpendapat COVID-19 belum lagi menjadi endemik, lapor Xinhua memetik surat khabar Amerika USA Today.

5. Pemindahan jantung: DNA virus haiwan ditemui pada jantung babi

pasukan penyelidik yang sedang cuba mengenal pasti punca kematian manusia pertama yang menerima jantung babi, telah menemui virus haiwan tetapi belum dapat memastikan sama ada ia memainkan peranan dalam kematian lelaki itu.

6. Republic Czech dipilih ganti Rusia sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia PBB

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa memilih Republik Czech menganggotai Majlis Hak Asasi Manusia untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Rusia, yang digantung keahliannya, lapor Xinhua.

7. Politik | Ferdinan Marcos Junior raih 98% undi

Ferdinan Marcos Junior, menang Pilihan Raya Presiden Filipina dengan meraih 98 peratus daripada 31 juta undi berdasarkan kiraan tidak rasmi. Beliau yang juga anak bekas Presiden Ferdinan Marcos, berikrar akan bekerja untuk rakyat serta minta dinilai bagi tugasnya dan bukan kisah silam keluarganya.

8. COVID-19 | Pendekatan China tidak sesuai

Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO berpendapat polisi sifar COVID-19 yang dilaksanakan China ketika ini sebagai tidak berdaya tahan. Menurut Ketua Pengarahnya, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, ia susulan sifat virus dan apa yang dijangka di masa depan.

9. Pemancing lawan buaya kerana ikan

Seorang pemancing terpaksa berdepan insiden cemas berebut dengan seekor buaya seekor ikan sepanjang kira-kira satu meter di Wilayah Utara, Australia baru-baru ini.

10. Hepatitis: WHO kaji kemungkinan kaitan COVID-19

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjelaskan 348 kes kemungkinan kes hepatitis yang masih belum diketahui puncanya dikenal pasti ketika kajian berkaitan adenovirus dan COVID-19 semakin meningkat.