ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 25 Mei 2022.

1. Singapura rampas komponen, rokok elektronik bernilai lebih S$130,000

Pihak berkuasa Singapura merampas komponen dan e-vaporiser atau rokok elektronik bernilai lebih lebih S$130,000 daripada tiga lori berpendaftaran Malaysia di Pusat Pemeriksaan Tuas dan Woodlands pada 9 dan 13 Mei.

2. Cacar monyet: Thailand tingkat pengawasan di pintu masuk antarabangsa

Thailand mempertingkatkan tahap pengawasan di semua pintu masuk antarabangsa di tengah-tengah kebimbangan global berikutan peningkatan kes cacar monyet.

3. Ekonomi Singapura berkembang 3.7 peratus pada suku pertama 2022

Ekonomi Singapura berkembang 3.7 peratus pada asas tahun ke tahun bagi suku pertama 2022, menyederhana daripada pengembangan 6.1 peratus pada suku sebelumnya, kata Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) republik itu.

4. Insiden tembakan sekolah rendah Texas: Guru maut ketika lindungi murid

Seorang guru, antara 21 yang terkorban dalam serangan di Sekolah Rendah Robb, telah dikenal pasti.

5. Scotland lapor kes pertama cacar monyet

Scotland pada Isnin mengesahkan kes pertama virus cacar monyet, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di United Kingdom (UK) setakat ini 71 kes, menurut Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA) pada Selasa, lapor Xinhua.

6. Tedros dipilih semula sebagai Ketua WHO

Tedros Adhanom Ghebreyesus, dilantik semula menyandang jawatan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), untuk penggal kedua, pada Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-75 di sini, Selasa, lapor Xinhua.

7. Suspek hantar gambar pistol, peluru sebelum serangan - Bekas rakan sekelas

Bekas rakan sekelas suspek insiden tembakan rambang di Sekolah Rendah Robb mengaku ada menerima gambar pistol dan peluru daripadanya sebelum serangan.

8. Cacar monyet: Lagi kes dikesan di luar Afrika

Emriyah Arab Bersatu (UAE) menjadi negara teluk pertama yang mencatatkan kes cacar monyet.

9. Cacar Monyet | Kes di luar Afrika boleh dikawal dengan baik

Emiriah Arab Bersatu (UAE) menjadi negara Teluk pertama yang mencatatkan kes cacar monyet. Manakala Republik Czech dan Slovenia masing-masing turut mencatatkan kes pertama sekali gus menyertai 18 lagi negara yang dikesan mendapat virus berkenaan

10. Tembakan | Joe Biden gesa sekatan terhadap senjata api

Susulan insiden tembakan yang disifatkan kejam itu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menggesa sekatan baharu dikuatkuasakan ke atas senjata api di negara itu. Tegasnya, sudah tiba masanya untuk mengubah kekejaman ini kepada satu tindakan yang lebih tegas.