ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 10 Jun 2022.

1. Bas terbabas, 15 rakyat Malaysia terlibat dalam kemalangan di Muzdalifah, Arab Saudi

Seramai 15 rakyat Malaysia terlibat dalam kemalangan jalan raya selepas bas dinaiki mereka terbabas di Muzdalifah, Arab Saudi pada Khamis.

2. MH17: Pendakwaan gagal buktikan misil BUK buatan Rusia - Pasukan pembelaan

Pasukan pendakwaan bagi perbicaraan nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 gagal membuktikan bahawa peluru berpandu yang menjatuhkan pesawat itu adalah buatan Rusia.

3. Lombong berlian runtuh, lebih 40 orang terbunuh di Republik Demokratik Congo

Lebih 40 orang terbunuh pada Selasa dalam kejadian lombong berlian runtuh di tengah Republik Demokratik Congo (DRC), menurut pihak berkuasa tempatan pada Khamis.

4. 'Jasad Eril ditemui utuh, lengkap' - Ridwan Kamil

Selepas 14 hari dilaporkan hilang di Sungai Aare, anak kepada Gabenor Jawa Barat, Emmeril Kahn Mumtadz ditemukan oleh pihak polis Switzerland pada Khamis.

5. Ganja | Thailand benar penduduk tanam dan hisap di rumah

Bermula Khamis, penduduk Thailand dibenarkan menanam pokok ganja di rumah untuk kegunaan sebagai bahan makanan atau minuman selain dihisap di rumah sendiri.

6. Mesyuarat khas Menteri Luar ASEAN-India diadakan minggu depan

Menteri Luar ASEAN dan India akan bertemu di New Delhi minggu depan ketika kedua-dua pihak meraikan kejayaan baharu dalam hubungan mereka.

7. Liga Perdana Inggeris fail tanda dagangan terhadap NFT dan metaverse

Divisyen teratas bola sepak Inggeris, Liga Perdana (EPL), menfaikan permohonan bagi beberapa tanda dagangan Amerika Syarikat ke atas aset digital NFT (Non-Fungible Token) dan metaverse.

8. Tiga maut kes tembakan di kilang

Sekurang-kurangnya tiga maut manakala seorang cedera parah dalam kejadian tembakan di sebuah kilang di Maryland, Amerika Syarikat pada Khamis.

9. Hong Kong | Penampilan terakhir Carrie Lam sebagai pemimpin

Pemimpin Hong Kong, Carrie Lam membuat penampilan terakhirnya di hadapan Ahli Parlimen, pada Khamis.

10. Vaksin COVID-19 | A.S pra-pesanan untuk bawah 5 tahun dijangka naik

Sambutan pra-pesanan vaksinasi untuk kanak-kanak di bawah umur lima tahun perlahan di Amerika Syarikat namun kadar dijangka meningkat selepas kelulusan persekutuan akhir bulan ini.