ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 17 Jun 2022.

1. Tun Mahathir bertemu pemimpin atasan Nasdem di Jakarta

Difahamkan, Mahathir dijemput sebagai undangan kehormat pada hari terakhir perhimpunan parti atau Rapat Kerja Nasional.

2. Presiden Ukraine, pemimpin Eropah bincang perang dengan Rusia

Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy mengadakan pertemuan dengan pemimpin Jerman, Itali, Perancis dan Romania di ibu negara Kyiv pada Khamis dan membincangkan mengenai perang dengan Rusia.

3. Kualiti udara Jakarta kedua terburuk di dunia pada Khamis

Kualiti udara di Jakarta berada dalam kedudukan kedua terburuk di dunia pada pagi Khamis (16 Jun), berdasarkan data kualiti udara dari IQAir.

4. Saifuddin kritik nasionalisme keterlaluan dan politik identiti

Nasionalisme keterlaluan dan politik identiti menjejaskan kewujudan bersama secara aman di kalangan rakyat dan negara, kata Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Saifuddin Abdullah pada persidangan di New Delhi, Khamis.

5. Israel secara rahsia selaras serangan udara ke atas Syria, elak konflik dengan kempen AS - Laporan

Israel secara rahsia menyelaraskan majoriti serangan udara ke atas Syria bersama tentera AS, bertujuan mengelak operasinya bertembung dengan kempen AS menentang kumpulan pengganas Daish.

6. Krisis Sri Lanka: Bahan api hanya mampu bertahan lima hari

Menteri Tenaga Kanchana Wijesekera berkata, negara itu sedang menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan India untuk saluran kredit baharu AS$500 juta bagi bahan api.

7. Cacar monyet: WHO gesa siap siaga dan akses adil vaksin

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sedang mendapatkan ribuan kit ujian saringan cacar monyet untuk Afrika dan berusaha untuk memastikan benua itu mempunyai akses adil kepada vaksin sekiranya perlu.

8. Krisis Makanan | 15 juta rakyat Sudan 'berlapar'

Satu pertiga daripada penduduk Sudan berdepan krisis makanan berikutan impak tambahan kejutan iklim, kemelut politik dan kenaikan harga makanan global.

9. COVID-19 Global | Pertambahan 600,000 kes baharu

Jumlah kes baharu positif COVID-19 tunjukkan peningkatan dengan lebih 600,000 kes direkodkan di seluruh dunia dalam tempoh 24 jam lepas. Ini menjadikan jumlah positif yang direkodkan kini melebihi 537.7 juta kes.

10. COVID-19 Global | Pertambahan lebih 2,000 korban baharu dalam sehari

Berdasarkan data Johns Hopkins University, terdapat pertambahan lebih 2,000 kes korban akibat COVID-19 di seluruh dunia dalam tempoh 24 jam lepas. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian global akibat virus itu kini melepasi 6.315 juta kes.