ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 29 Jun 2022.

1. Menteri Luar Australia setuju untuk tarik pelaburan ke Malaysia

Menteri Luar Australia Penny Wong bersetuju untuk memperkenalkan pelabur baharu dari Australia untuk membuat pelaburan di Malaysia, kata Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

2. Malaysia, Australia suarakan semula komitmen pertingkat hubungan perdagangan dua hala

Malaysia dan Australia menyatakan semula komitmen masing-masing untuk memperkukuh hubungan perdagangan dan dua hala susulan Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) yang dimeterai oleh kedua-dua negara pada Januari tahun lepas.

3. Pilihan raya umum Kemboja dijadual berlangsung 23 Julai 2023

Perdana Menteri Kemboja Samdech Techo Hun Sen pada Rabu menandatangani keputusan menetapkan 23 Julai 2023 sebagai tarikh pilihan raya umum ketujuh.

4. PBB dukacita, mayat migran dijumpai dalam treler di Texas, majoriti rakyat Mexico

Jurucakap setiausaha agung PBB, Stephane Dujarric, menekankan keperluan agar semua pihak bekerjasama mengambil langkah konkrit bagi membantu mencegah kematian yang tidak perlu dalam kalangan mereka yang berhijrah.

5. Pendidikan satukan Malaysia dan Australia sejak berdekad lalu - Penny Wong

Bahkan, Menteri Luar Australia, Senator Penny Wong berkata, Malaysia kini menjadi tuan rumah bagi bilangan tertinggi universiti-universiti Australia di luar negara.

6. EU serah vaksin cacar monyet ke Sepanyol

Suruhanjaya Eropah menerusi Pihak Berkuasa Kesiapsiagaan dan Kecemasan Kesihatan (HERA) membeli kumpulan pertama 5,300 dos vaksin cacar monyet yang dihantar ke Sepanyol pada Selasa. 

7. Biden, pemimpin G7 akan salur bantuan keselamatan makanan global bernilai AS$4.5 bilion

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dan pemimpin G7 akan mengumumkan bantuan bagi menangani krisis dasar keselamatan makanan global berjumlah lebih AS$4.5 bilion.

8. Lebih 50 banduan maut dalam rusuhan penjara

ekurang-kurangnya 51 orang maut dan 24 lagi cedera dalam rusuhan yang tercetus di sebuah penjara di bandar Tulua, barat daya Colombia pada Selasa.

9. Ukraine-Rusia | Jika Ukraine sertai NATO, bakal cetus perang dunia

Jelas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, jika Ukraine diterima sebagai ahli Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), perang antara NATO dan Rusia akan meningkat dan berupaya menjadi perang dunia ketiga dengan senjata nuklear akan digunakan.

10. Sri Lanka minta bantuan Qatar untuk atasi krisis tenaga

Menteri Sumber dan Tenaga Kanchana Wijesekera pada Selasa telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Tenaga Qatar Saad Bin Sherida Al Kaabi berhubung bekalan produk petroleum, termasuk gas petroleum cecair (LPG) dan gas asli cecair (LNG).