ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 14 Julai 2022.

1. Singapura sahkan Presiden Sri Lanka dibenar masuk ke republik itu

Singapura mengesahkan Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa dibenarkan masuk ke republik itu selepas pesawatnya mendarat di lapangan terbang Changi pada sekitar jam 7.22 malam Khamis.

2. Singapura sahkan Presiden Sri Lanka dibenar masuk ke republik itu

Pesawat Saudi Airlines SV788 yang dipercayai membawa Presiden Sri Lanka Gotabaya Rajapaksa tiba di Singapura kira-kira jam 7.17 malam tadi. Pesawat tersebut sekali gus menjadi kapal terbang paling dijejaki di laman web flight radar 24.com pada Khamis.

3. Pesawat dipercayai bawa Presiden Sri Lanka, jadi kapal terbang paling dijejaki di seluruh dunia

Sebuah pesawat Saudia Airlines dari Maldives ke Singapura yang dipercayai membawa Presiden Sri Lanka Gotabaya Rajapaksa, menjadi kapal terbang yang paling dijejaki di dunia pada Khamis.

4. AS mungkin tetapkan harga siling minyak yang 'untungkan' Rusia

Amerika Syarikat (AS) mungkin menetapkan harga siling minyak yang "untungkan" Rusia supaya Moscow tidak berhenti mengeluarkan minyak. 

5. Cacar Monyet | Singapura sahkan kes jangkitan tempatan kedua

Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan kes jangkitan tempatan kedua cacar monyet di negara berkenaan, pada Rabu.

6. Ukraine, Rusia capai kemajuan dalam isu eksport bijirin - Zelenskyy

Ukraine dan Rusia mencapai beberapa kemajuan dalam sesi perbincangan mengenai eksport bijirin yang berlangsung di Istanbul.

7. Arab Saudi umum permohonan visa umrah 1444 Hijrah dibuka mulai hari ini

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan permohonan visa umrah 1444 Hijrah bagi jemaah luar negara dibuka mulai hari ini. Jemaah umrah dari dalam dan luar Arab Saudi akan mengerjakan ibadah umrah dan ziarah Masjid Nabawi mulai 30 Julai ini.

8. Kes cacar monyet meningkat di New York

Bandar raya New York telah menekankan kepada kerajaan Amerika Syarikat (AS) bahawa ia memerlukan vaksin cacar monyet di tengah-tengah peningkatan kes penyakit itu, kata Datuk Bandarnya, Eric Adams pada Rabu.

9. Tanzania siasat penyakit misteri ragut tiga nyawa

Tanzania telah menghantar sepasukan doktor dan pakar kesihatan untuk menyiasat tentang penyakit misteri yang telah meragut nyawa tiga orang, kata kerajaan pada Rabu.

10. Krisis sosial di Jerman semakin memburuk akibat inflasi

Inflasi di Jerman kini menyebabkan berlakunya krisis sosial yang dijangka semakin memburuk untuk beberapa bulan akan datang serta memerlukan penyelesaian tuntas.