ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 11 Ogos 2022.

1. China-Taiwan | Pelosi ulangi pendirian lawatan

Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, Nancy Pelosi menegaskan tidak akan membenarkan China mengambil sebarang tindakan terhadap Taiwan. Kenyataan tersebut menyusul selepas China melancarkan gerakan provokasi di selat Taiwan susulan lawatan Pelosi baru-baru ini.

2. 8 terbunuh, lebih 800 banduan larikan diri selepas pengganas serang penjara di Congo

Lapan orang termasuk dua anggota polis dan seorang awam, terbunuh dalam serangan oleh Pasukan Demokratik Bersekutu (ADF) di penjara pusat Kakwangura di Butembo di Congo.

3. Menteri Luar Saifuddin syor Duta Khas ke Myanmar diberi tempoh tugas 'lebih dari setahun'

Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Saifuddin Abdullah mencadangkan Duta Khas Pengerusi ASEAN ke Myanmar perlu diberi tempoh 'lebih setahun', dan individu yang dilantik tidak semestinya seorang menteri luar.

4. Kekurangan Petrol | Syarikat minta orang awam kurangkan pembelian petrol

Syarikat petrol Hungary dan pembekal utama stesen minyak negara itu merayu kepada orang awam agar mengurangkan pembelian petrol mereka. Ini susulan kebimbangan kekurangan bekalan petrol selepas pengendalian saluran paip Rusia, Transeft berkata akan menghentikan penghantaran melalui cawangan selatan saluran paip minyak Druzhba yang melalui Ukraine ke Republik Czech, Slovakia dan Hungary.

5. COVID-19: Jepun catat 250,403 kes baharu, tertinggi dalam 24 jam

Jepun mencatatkan 250,403 kes COVID-19 baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu, jumlah peningkatan harian terbesar sejak wabak itu mula dikesan, lapor media.

6. Rantau Asia Timur | China akhiri latihan ketenteraan di Taiwan

China umum ia sudah menyelesaikan latihan ketenteraannya yang dilancarkan minggu lalu, di sekitar perairan Taiwan, sebagai membantah lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi ke pulau itu.

7. Kebakaran hutan di Perancis, 10,000 penduduk terpaksa berpindah

Kira-kira 10,000 penduduk dipindahkan setakat Rabu di Gironde, barat daya Perancis akibat kebakaran hutan, kata pejabat pemantau wilayah itu, lapor Sputnik.

8. PM Jepun rombak Kabinet

Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida merombak barisan Kabinetnya, pada Rabu.

9. Koronavirus SARS | Menjangkiti 66,000 orang setahun di Asia Tenggara

Kira-kira 66,000 orang di Asia Tenggara dijangkiti koronavirus berkaitan SARS setiap tahun dan hampir 500 juta orang tinggal berhampiran habitat perumah kelawar di mana virus itu ditemui. Menurut kajian diterbitkan Nature Communication, penyebaran virus daripada kelawar kepada manusia mungkin 'sangat dipandang remeh'.

10. Polio: Britain lancar kempen dos penggalak untuk kanak-kanak bawah 10 tahun

Britain melancarkan kempen dos penggalak vaksin polio untuk kanak-kanak berumur bawah 10 tahun di London selepas mengesahkan virus itu merebak di ibu negara buat kali pertama sejak 1980-an.