ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 12 Ogos 2022.

1. Indonesia panggil Duta Ukraine berhubung ciapan Twitter: 'Apa yang dilakukan amat tidak patut'

Kementerian Luar Indonesia memanggil Duta Besar Ukraine, Vasyl Hamianin berhubung ciapannya di Twitter yang menimbulkan rasa kurang senang negara tuan rumah.

2. China "amat khuatir" situasi semasa di loji nuklear Zaporizhzhia

Wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun pada Khamis berkata China "amat bimbang" dengan serangan di loji janakuasa nuklear Zaporizhzhia di Ukraine baru-baru ini.

3. China keluarkan kertas putih mengenai Taiwan

Pejabat Hal Ehwal Taiwan dan Pejabat Penerangan Dewan Negara China pada Selasa mengeluarkan kertas putih bertajuk “Soal Taiwan dan penyatuan semula China pada era baharu”.

4. Kanak-kanak 11 tahun antara 48 terkorban di Gaza

Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun antara mangsa yang terkorban di Gaza susulan konflik yang disifatkan sebagai keganasan rentas sempadan terburuk dalam tempoh setahun lepas.

5. Mahkamah Australia denda Google AS$42.7 juta kerana penipuan data peribadi

Mahkamah Persekutuan Australia telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak AU$60 juta (AS$42.7 juta) terhadap Google kerana membuat representasi mengelirukan berhubung penggunaan dan pengumpulan data peribadi pengguna, lapor Sputnik, memetik Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia (ACCC) pada Jumaat.

6. Pemegang visa pelancongan boleh tunai umrah di Mekah

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan pada Khamis bahawa umat Islam yang memperoleh visa pelancong dan visa komersial kini akan dibenarkan menunaikan ibadah umrah di Makkah semasa berada di negara tersebut.

7. Portugal, Itali alami kemarau melampau

Portugal menghadapi musim panas yang teruk dengan gelombang panas yang mengakibatkan kebakaran hutan.

8. Lelaki bersenjata serah diri, bebaskan tebusan pekerja bank

Insiden mencemaskan seorang lelaki bersenjata menjadikan sekumpulan pekerja bank sebagai tebusan di Beirut pada Khamis berakhir apabila dia menyerah diri.

9. COVID-19 | New Delhi kembali wajibkan penggunaan pelitup muka

New Delhi kembali melaksanakan penggunaan wajib pelitup muka selepas ibu negara India itu terus mencatatkan peningkatan kes COVID-19.

10. Israel-Palestin | Jumlah korban di Gaza meningkat kepada 48

Kanak-kanak 11 tahun antara mangsa yang terkorban di Gaza susulan konflik yang disifatkan sebagai keganasan rentas sempadan terburuk dalam tempoh setahun lepas.