ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 5 September 2022.

1. Liz Truss dilantik Perdana Menteri UK baharu

Liz Truss menjadi pilihan pemimpin Parti Konservatif untuk menggalas tanggungjawab Perdana Menteri United Kingdom yang baharu pada Isnin.

2. Nahas Pesawat Ringan | Seorang sah maut, sembilan termasuk kanak-kanak hilang

Usaha mencari sembilan mangsa termasuk seorang kanak-kanak yang hilang dalam nahas pesawat di Washington, Amerika Syarikat diteruskan.

3. Banjir Pakistan | Ribuan keluarga hilang tempat tinggal

Ribuan keluarga hilang tempat tinggal, manakala kanak-kanak pula berisiko dijangkiti penyakit disebabkan kekurangan bekalan air bersih.

4. Tragedi taman tema, 10 pengunjung cedera terhempas 50 meter ke bawah

Sekurang-kurangnya 10 pengunjung Dussehra Ground di Fasa 8 bandar Mohali, terhempas dari ketinggian sekitar 50 meter apabila permainan yang dinaiki mereka jatuh ke tanah dari menaranya, pada Ahad malam.

5. Inflasi: Jerman tambah 65 bilion euro pakej rangsangan

Jerman akan melaksanakan pakej rangsangan tambahan ketiga bernilai 65 bilion euro.

6. EU kecam hukuman penjara tambahan terhadap Suu Kyi

Kesatuan Eropah (EU) mengutuk hukuman penjara tambahan terhadap bekas pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi yang didapati bersalah atas penipuan pilihan raya.

7. 10 maut ditikam dalam serangan rambang di Kanada, dua suspek diburu

Sepuluh orang terbunuh dan puluhan yang lain cedera akibat ditikam dalam kejadian di dua komuniti terpencil di Kanada pada Ahad.

8. 2 maut dalam kebakaran hutan di utara California

Kebakaran hutan yang merebak pantas di bandar Weed Utara California di daerah Siskiyou telah mengorbankan dua nyawa setakat ini, lapor Xinhua, memetik Syerif daerah Jeremiah LaRue pada Ahad.

9. Dua lagi disahkan maut ketika daki Gunung Klyuchevskaya Sopka di Rusia

Dua lagi disahkan maut ketika mendaki gunung Klyuchevskaya Sopka di Kamchatka, Rusia, menjadikan jumlah korban setakat ini lapan orang dan usaha menyelamat terpaksa dihentikan ekoran cuaca buruk.

10. Taufan Hinnamnor | Bekalan elektrik di beberapa kediaman terputus

Ratusan penduduk Pulau Miyako mengalami gangguan bekalan elektrik selepas taufan Hinnamor membadai wilayah Okinawa pada Ahad.