ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 30 September 2022.

1. Mahkamah Thai putuskan khidmat Prayuth sebagai PM tidak melebihi tempoh lapan tahun

Mahkamah Perlembagaan Thailand hari ini memutuskan tempoh khidmat Prayuth Chan o-cha sebagai perdana menteri tidak melebihi had lapan tahun yang ditetapkan perlembagaan negara.

2. Kedutaan Itali di Moscow gesa rakyatnya tinggalkan Rusia

Kedutaan Itali di ibu negara Rusia pada Khamis menggesa semua rakyatnya di negara itu untuk keluar kecuali atas sebab tertentu.

3. Kebocoran keempat dikesan di saluran paip gas Nord Stream

Kebocoran keempat dikesan dalam saluran paip gas bawah laut yang menghubungkan Rusia ke Eropah.

4. Menjelang COP27, sukarelawan bersihkan Sungai Nil

Ratusan sukarelawan Mesir berhimpun di Kaherah dan membersihkan Sungai Nil dengan matlamat menjadikan nadi kehidupan negara itu lebih bersih, lestari dan menarik.

5. Australia tamatkan keperluan isolasi wajib COVID-19 pada 14 Okt

Australia pada Jumaat mengumumkan negara itu akan menamatkan keperluan isolasi mandatori COVID-19 pada 14 Oktober.

6. Mahkamah tentera Myanmar jatuhkan hukuman penjara tiga tahun ke atas Suu Kyi

Mahkamah tentera di Myanmar menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun ke atas pemimpin yang digulingkan, Aung San Suu Kyi serta penasihat ekonominya, warga Australia, atas tuduhan melanggar akta rahsia rasmi.

7. BBC kurangkan beratus pekerjaan dalam perkhidmatan dunia

BBC pada Khamis umum pengurangan 382 pekerjaan sebagai sebahagian daripada langkah meluas untuk mengurangkan kakitangan Perkhidmatan Dunia BBC.

8. 19 terbunuh, 28 cedera dalam kejadian letupan bom

Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan 28 lagi cedera dalam satu kejadian pengeboman bunuh diri di sebuah pusat pendidikan di ibu negara Afghanistan, Kabul, pada pagi Jumaat.

9. COVID-19 | Taiwan tamatkan kuarantin ketibaan

Taiwan akan menamatkan peraturan mandatori kuarantin COVID-19 terhadap pengembara yang tiba ke negara itu bermula 13 Oktober depan.

10. Tiada siapa ada hak guna veto dalam isu babitkan nasib rakyat Palestin - China

China menegaskan tiada siapa berhak menggunakan kuasa veto masing-masing dalam isu-isu mengenai masa depan dan nasib rakyat Palestin, lapor agensi berita Jordan (Petra) memetik kenyataan wakil China pada Rabu.