ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 5 Oktober 2022.

1. Rusuhan Stadium Kanjuruhan: Indonesia tubuh pasukan bebas, cari punca kejadian rempuhan

Kerajaan Indonesia menubuhkan pasukan bebas bagi menyiasat kejadian rempuhan selepas perlawanan bola sepak di Stadium Kanjuruhan di Malang, Sabtu lalu.

2. Rusuhan Stadium Kanjuruhan: Arema FC didenda RM75,950

Pasukan bola sepak Arema FC didenda 250 juta rupiah (RM75,950) oleh Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) susulan tragedi berdarah di Stadium Kanjuruhan, Malang.

3. Putin luluskan perjanjian aneksasi 4 wilayah Ukraine

Presiden Rusia Vladimir Putin pada Rabu meluluskan perjanjian mengenai "penerimaan" wilayah Donetsk, Luhansk, Zaporizhzhia dan Kherson Ukraine ke dalam Persekutuan Rusia.

4. PBB bersidang Isnin ini bincang aneksasi wilayah Ukraine

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengadakan sidang tergempar pada 10 Okt (Isnin) berhubung aneksasi (pengilhakan) Rusia ke atas wilayah Ukraine, menurut seorang jurucakap.

5. Korea Utara lancar ujian peluru berpandu

Korea Utara melancarkan ujian peluru berpandu balistik yang lebih jauh berbanding sebelum ini, pada Selasa.

6. Bas terbabas: 25 maut dalam kemalangan di Uttarakhand, India

Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh selepas sebuah bas terbabas ke dalam gaung di Uttarakhand di utara India.

7. Hutang negara Amerika Syarikat buat kali pertama melepasi AS$31 trilion

Hutang negara Amerika Syarikat (AS) buat kali pertama melepasi AS$31 trilion, di tengah-tengah peningkatan kadar faedah yang diperkenal bagi membendung inflasi yang merekodkan paras tertinggi serta ketidaktentuan yang semakin tinggi, menurut data Jabatan Perbendaharaan.

8. Macron akan sertai forum APEC di Bangkok - Kementerian Luar Thailand

Perdana Menteri Perancis, Emmanuel Macron mengesahkan penyertaannya pada mesyuarat tahunan pemimpin ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Bangkok dari 18 hingga 19 Nov.

9. COVID-19: Perancis masuk gelombang kelapan

Perancis telah memasuki gelombang kelapan virus COVID-19 menjelang musim sejuk penghujung tahun ini.

10. Elon Musk mahu teruskan perjanjian pembelian Twitter

Jutawan Elon Musk bercadang untuk meneruskan tawaran asalnya untuk membeli Twitter dengan nilai AS$44 bilion.