KUALA LUMPUR: ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Oktober 2022.

1. Bot karam di Nigeria, angka kematian cecah 76

Jumlah kematian akibat kejadian bot karam di selatan Anambra pada Jumaat terus meningkat kepada 76 orang, kata Presiden Nigeria Muhammadu Buhari dalam satu kenyataan pada Ahad.

2. Banjir dan tanah runtuh di Venezuela, 22 maut 52 hilang

Sekurang-kurangnya 22 orang maut manakala 52 lagi hilang dalam kejadian tanah runtuh dicetuskan hujan lebat pada Sabtu di Venezuela, lapor Agensi Anadolu.

3. Peralihan musim: Bahagian timur, tengah Thailand dilanda banjir

Hujan lebat akibat peralihan musim yang melanda sebahagian besar Thailand telah menyebabkan banjir terutamanya di kawasan timur dan tengah.

4. Alexander van der Bellen kekal Presiden Austria untuk penggal kedua

Alexander van der Bellen memenangi penggal kedua enam tahun memegang jawatan Presiden Austria dengan majoriti undi yang jelas dalam pilihan raya.

5. Jambatan Crimea kembali beroperasi

Aliran trafik disambung semula di jambatan utama yang menghubungkan Rusia dengan Crimea yang menjadi simbol pengilhakan Moscow di semenanjung tersebut beberapa jam selepas sebahagiannya musnah dalam insiden letupan.

6. Protes di Iran: 185 orang termasuk 19 kanak-kanak terbunuh

Protes yang dicetuskan oleh kematian seorang wanita muda dalam tahanan polis berterusan di seluruh Iran pada Ahad sebagai menentang tindakan keras pihak berkuasa.

7. Nyaris lemas ketika hantar pesanan makanan

Seorang penghantar piza nyaris lemas selepas kereta yang digunakan untuk menghantar makanan terperangkap dalam banjir di Otford, Australia baru-baru ini.

8. Buat penggambaran di lokasi tragedi taska Thailand, CNN mohon maaf

CNN mengemukakan permohonan maaf susulan insiden menjalankan penggambaran di pusat asuhan kanak-kanak di Uthai Sawan, Nong Bua Lamphu yang menjadi lokasi pembunuhan berdarah serta menarik balik video itu daripada laman sesawangnya.