ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 13 Oktober 2022.

1, Agong, Raja Permaisuri lakukan kunjungan hormat ke atas Raja Charles III

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat melakukan kunjungan hormat ke atas Raja Charles III di Istana Buckingham di London, United Kingdom (UK), pada Rabu.

2. Bas terbakar di Pakistan, 18 orang maut termasuk 8 kanak-kanak

Sekurang-kurangnya 18 orang termasuk lapan kanak-kanak terkorban manakala 28 lagi cedera selepas sebuah bas penumpang terbakar di daerah Jamshoro selatan Pakistan, pada Rabu.

3. IMF umum Dana Ketahanan dan Kelestarian bantu negara-negara rentan hadapi cabaran jangka panjang

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) melancarkan Dana Ketahanan dan Kelestarian (RST) baharu untuk membantu negara-negara rentan menghadapi cabaran jangka panjang mereka, kata Pengarah Urusan IMF Kristalina Georgieva.

4. Tuntutan Sulu: Kerajaan Persekutuan tak akan serahkan Sabah - Wan Junaidi

Sabah tidak akan diserahkan atau berada di bawah pentadbiran Filipina dan kerajaan Persekutuan akan terus mempertahankan kedaulatan wilayah Malaysia, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen Dan Undang-undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

5. Eropah 'diserang' gelombang COVID-19 baharu

Sebuah lagi gelombang jangkitan COVID-19 berkemungkinan bermula di Eropah apabila kes mula menunjukkan peningkatan di seluruh rantau itu.

6. Bencana banjir Pakistan antara tragedi iklim terbesar abad ini - Menteri

Menteri Perubahan Iklim Pakistan Sherry Rehman pada Rabu berkata bahawa banjir yang melanda negara itu adalah antara tragedi iklim terbesar yang pernah disaksikan dunia abad ini.

7. Buka Sempadan | Pelancong pertama tiba di Taiwan tanpa perlu kuarantin

Penerbangan Tiger Air Taiwan yang membawa kumpulan pertama pengembara dari Thailand mendarat sebelum subuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan. Puluhan pelawat Thailand melancong ke Taiwan ketika kerajaannya menarik balik kawalan sempadan dan menamatkan keperluan kuarantin untuk semua ketibaan pada Khamis.

8. Peluru berpandu Rusia kembali bedil Kiev

Satu letupan berlaku di kawasan kediaman di ibu negara Ukraine, Kiev, pagi ini.

9. IMF kurangkan unjuran pertumbuhan ekonomi India kepada 6.8 peratus tahun ini

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Selasa mengurangkan unjuran pertumbuhan ekonomi India pada 2022 kepada 6.8 peratus, lapor Xinhua.

10. Kawalan lebih ketat ke atas senjata api, dadah - Prayuth

Thailand akan mengenakan kawalan yang lebih ketat ke atas senjata api, termasuk mewajibkan pemiliknya menjalani penilaian psikologi, susulan insiden pembunuhan beramai-ramai di sebuah pusat penjagaan kanak-kanak di Uthai Sawan, minggu lepas, dengan 36 terbunuh termasuk 24 kanak-kanak prasekolah.