Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 26 Oktober 2022.

1. PM baharu UK Rishi Sunak lantik barisan baharu Kabinet

Perdana Menteri baharu United Kingdom (UK) Rishi Sunak pada Selasa mengumumkan barisan Kabinet baharunya dengan perpaduan dalam parti menjadi pertimbangan utamanya, lapor Anadolu.

2. Agong terima menghadap Perdana Menteri, menteri Singapura

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan empat menterinya di sini sempena lawatan negara ke Singapura.

3. Lelaki 'paling kotor' di dunia meninggal dunia pada usia 94 tahun

Digelar lelaki paling kotor di dunia kerana tidak pernah mencuci rambut dan membersihkan diri selama setengah abad, Amou Haji dilaporkan meninggal dunia pada usia 94 tahun.

4. Jangkitan kulat: Pertama kali disenarai WHO sebagai ancaman kesihatan

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) buat pertama kalinya menyenaraikan patogen kulat sebagai menimbulkan ancaman terbesar kepada kesihatan manusia.

5. Kes kematian ubat beracun meningkat, Indonesia ambil tindakan

Agensi Makanan dan Ubatan Indonesia (BPOM) tidak menolak kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap dua syarikat farmaseutikal yang menghasilkan produk dikaitkan dengan kes kecederaan buah pinggang akut (AKI). BPOM menegaskan perkara itu ketika kes kematian dilaporkan terus meningkat dalam kalangan kanak-kanak di Indonesia.

6. Rishi Sunak ikrar pimpin Britain keluar daripada krisis ekonomi

Perdana Menteri Britain baharu, Rishi Sunak berikrar untuk memimpin negara keluar daripada krisis ekonomi dan membina semula kepercayaan dalam politik.

7. Thailand mula saring penumpang dari negara Afrika kesan Ebola

Thailand meningkatkan saringan ke atas pelawat yang tiba dari negara Afrika terutama Uganda, di Lapangan Terbang Suvarnabhumi berikutan wabak terbaru Ebola, menurut pemangku Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Dr. Tares Krassanairawiwong.

8. Politik Itali | Meloni menang undi keyakinan di Parlimen

Kerajaan baharu Itali yang dipimpin Giorgia Meloni memenangi pengundian pertama daripada dua undi percaya di Parlimen dengan margin yang Selesa. Dalam pengundian di Dewan Perwakilan Rendah, 235 mengundi memihak kepada kerajaan gabungannya manakala 154 lagi menentang.

9. COVID-19 | Biden gesa orang ramai dapatkan dos penggalak

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menggesa orang ramai untuk mendapatkan dos penggalak vaksin COVID-19 yang telah dikemas kini. Gesaan itu dibuat menjelang musim perayaan Halloween agar mereka dapat berkumpul dengan selamat bersama keluarga dan rakan pada musim cuti itu.

10. Kabinet baharu Itali menang undi percaya di dewan perwakilan

Anggota Kabinet baharu Itali diketuai Perdana Menteri Giorgia Meloni memenangi undi percaya di dewan perwakilan pada Selasa, dengan 235 Ahli Parlimen menyokong, manakala 154 lagi menentang dan lima berkecuali, lapor Xinhua.