ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 9 November 2022.

1. Gempa 6.6 magnitud gegar Nepal, 6 maut

Sekurang-kurangnya enam maut dalam gempa bumi berukuran 6.6 magnitud yang melanda Nepal pagi ini.

2. Menteri Britain letak jawatan susulan dakwaan buli

Menteri kabinet dalam kerajaan Rishi Sunak, Gavin Williamson meletak jawatan pada Selasa selepas timbul dakwaan bahawa beliau membuli rakan sekerja.

3. AS, EU kenakan sekatan baharu terhadap junta Myanmar

Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa mengenakan sekatan terhadap junta Myanmar, selepas dua tahun kerajaan yang dipilih rakyat digulingkan di negara itu.

4. Negara maju digesa tunai janji, peruntukan AS$100 bilion tangani bencana iklim

Negara maju harus menunaikan janji mereka untuk menyediakan AS$100 bilion bagi sumber kewangan menangani bencana iklim secepat mungkin dan mencari jalan penyelesaian untuk menggandakan dana sokongan penyesuaian.

5. PBB seru tindakan lindung kanak-kanak daripada bencana iklim

Sekurang-kurangnya 27.7 juta kanak-kanak terjejas tahun ini disebabkan kejadian banjir dan bencana di 27 negara di seluruh dunia akibat perubahan iklim, menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada Selasa.

6. Inflasi, pengguguran antara isu bagi pengundi dalam pilihan raya pertengahan penggal AS

Inflasi dan pengguguran mendahului senarai isu yang menjadi kepentingan pengundi Amerika Syarikat (AS) pada pilihan raya separuh penggal 2022, menurut tinjauan yang dikeluarkan petang Selasa.

7. Zuckerberg mengaku bertanggungjawab pengurangan pekerja bermula Rabu

Ketua eksekutif Meta, Mark Zuckerberg mengaku bertanggungjawab ke atas pemberhentian besar-besaran pekerjanya berkuat kuasa pada Rabu, lapor Sputnik memetik laporan Wall Street Journal pada Selasa.

8. PM Modi lancar lancar logo, laman web India sebagai Presiden G-20

Perdana Menteri India Narendra Modi pada Selasa melancarkan logo, tema dan laman web India sebagai presiden G-20.

9. Dua maut, dua lagi cedera dalam insiden berbalas tembakan di Pattani

Dua orang termasuk seorang ketua kampung maut manakala dua lagi anggota polis cedera dalam satu insiden berbalas tembakan di Pattani, selatan Thailand.

10. Polis Thailand tahan lebih 60,000 individu dalam operasi besar-besaran

Polis Thailand menahan lebih 60,000 individu dalam tindakan membanteras senjata api dan dadah di seluruh negara menjelang mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Bangkok.