Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Disember 9, 2022 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 9 Disember 2022.
1. Presiden Baharu | Dina Boluarte angkat sumpah jawatan
Naib Presiden Peru, Dina Boluarte mengangkat sumpah jawatan sebagai Presiden baharu, menjadikannya wanita pertama yang memegang jawatan Presiden dalam sejarah negara itu.
2. Piala Dunia 2022 | Kemasukan lebih 765,000 pengunjung, sukar capai sasaran
Jumlah pengunjung yang memasuki ke negara tuan rumah Qatar sempena penganjuran Piala Dunia 2022 masih belum mencapai sasaran 1.2 juta individu seperti yang ditetapkan.
3. Piala Dunia Qatar: Pihak berkuasa Qatar siasat kematian pekerja buruh Filipina
Pihak berkuasa Qatar sedang menyiasat kematian melibatkan seorang pekerja buruh dari Filipina yang meninggal dunia ketika membaiki lampu di lokasi Piala Dunia 2022 berlangsung.
4. Hukuman Gantung | Iran laksana hukuman mati pertama terhadap penunjuk perasaan
Iran pada Khamis melaksankan hukuman mati pertamanya terhadap seorang penunjuk perasaan yang terlibat dalam protes berlanjutan di negara itu.
5. Ratusan wartawan New York Times lancar mogok 24 jam
Ratusan wartawan dan pekerja akhbar New York Times melancarkan mogok dengan berjalan kaki selama 24 jam sekali gus menjadi mogok pertama berskala besar dalam tempoh 40 tahun.
6. Thailand perketat langkah keselamatan susulan peningkatan kemasukan pelancong asing
Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-o-cha mengarahkan kawalan keselamatan ditingkatkan bagi melindungi pelancong memandangkan peningkatan ketibaan ke negara Asia Tenggara itu.
7. Nasib Rohingya | Lebih 150 etnik Rohingya diselamatkan
Lebih 150 orang etnik Rohingya diselamatkan dari bot yang dinaiki air berhampiran pantai Thailand.
8. Keahlian NATO | Washington yakin Finland dan Sweden sertai NATO
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken yakin Finland dan Sweden akan menjadi sekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) walaupun Turki masih bimbang dengan dakwaan aktiviti kumpulan Kurdish di Finland.
9. Kualiti udara di Mumbai paling teruk
Bandar kewangan Mumbai di India menyaksikan kualiti udara terburuk di negara sejak kebelakangan ini.
10. Kos Sara Hidup | Ibubapa UK sukar sediakan makanan anak-anak bersekolah
Peningkatan kadar inflasi sehingga 11 peratus di United Kingdom, menyebabkan harga barang makanan seperti susu, mentega dan pasta naik sekitar 30 peratus.
#berita antarabangsa #berita pilihan #Berita AWANI #Astro Awani