Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 19 Disember 2022.

1. Kapal Karam | Kapal tentera laut Thailand karam, 33 anggota hilang

Tentera Thailand mengerahkan kapal perang dan helikopter hari ini bagi mengesan 33 tentera laut yang hilang selepas kapal jenis Korvet karam di teluk Thailand.

2. Kabus Tebal | Kualiti udara New Delhi pada kategori sangat tidak baik

Pihak berkuasa india mengeluaran amaran kategori sangat tidak baik di bandar New Delhi ekoran kabus tebal. Keadaan diburukkan lagi apabila suhu dilaporkan rendah selain pergerakkan angin yang perlahan sekaligus menghadkan jarak penglihatan di seluruh bandar itu.

3. Gempa bumi landa Filipina pada Isnin

Gempa bumi berukuran 5.3 pada skala Richter menggegarkan Filipina pada Isnin, menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi negara itu.

4. Lima terbunuh insiden tembakan di Kanada

Sekurang-kurangnya lima terbunuh dan seorang lagi cedera di sebuah unit kondominium di pinggir bandar Toronto pada Ahad, menurut polis.

5. Piala Dunia FIFA Qatar 2022 capai kejayaan dalam segenap aspek - Penganjur

Piala Dunia ke-22 berjaya menghimpukan pelbagai lapisan masyarakat yang berbeza budaya dan agama menyampaikan mesej keamanan melalui sukan.

6. Keadaan Puteri Thailand stabil

Puteri Bajrakitiyabha menerima rawatan untuk "jantung, paru-paru dan buah pinggang".

7. Liga Arab kecam kempen 'sistematik' Israel terhadap Baitulmaqdis

Liga Arab mengecam peningkatan kempen "sistematik" Israel di Baitulmaqdis dan serangan ke atas rakyat Palestin serta mencemarkan kesucian tempat ibadat umat Islam dan Kristian.

8. Musk lancar tinjauan pendapat di Twitter, peletakan jawatannya sebagai CEO

Setakat 00:00 GMT pada Isnin, lebih 57 peratus daripada lebih 2.5 juta responden menyokong peletakan jawatan Musk.

9. Protes di Peru: Angka kematian meningkat kepada 23

Peru mengisytiharkan darurat di seluruh negara selama 30 hari berikutan pertempuran antara polis dan penunjuk perasaan.

10. Pilihan Raya | Belum ada kerajaan dibentuk di Fiji

Pilihan raya di Fiji berakhir dengan kebuntuan pada Ahad, selepas tiada mana-mana parti memperoleh majoriti yang jelas untuk membentuk kerajaan. Pilihan raya yang diadakan pada Rabu, menyaksikan dua pemimpin utama bersaing bagi jawatan Perdana Menteri.