Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 20 Disember 2022.

1. Messi diundang sertai laluan kemasyhuran di stadium Maracana Brazil

Juara Piala Dunia, Lionel Messi bakal diundang menyertai laluan kemasyhuran (walk of fame) di stadium Maracana di Brazil, lapor Agensi Berita Jerman (dpa), memetik laporan portal berita GloboEsporte.com.

2. Skuad Piala Dunia Argentina lambang "ikatan persahabatan yang erat" - Duta

Kemenangan Argentina pada pentas final Piala Dunia 2022 di Qatar pada Ahad menggembirakan warga Argentina dan peminat skuas putih dan biru langi (La Albiceleste) di seluruh dunia.

3. Kabinet Jepun lulus polisi 'keupayaan serangan balas', Korea Utara beri amaran

Korea Utara pada Selasa mendakwa Jepun cuba memformalkan strategi keselamatan yang merangkumi "keupayaan serangan balas" terhadap pangkalan musuh dan Pyongyang memberi amaran akan mengambil "tindakan sebenar" sebagai respons kepada langkah Tokyo itu.

4. China bina koridor tenaga bersih terbesar di dunia

Stesen janakuasa hidro Baihetan yang kedua terbesar di dunia dari segi jumlah kapasiti terpasang telah pun beroperasi sepenuhnya pada Selasa, menurut China Three Gorges Corporation, lapor Xinhua.

5. Jerman dan Perancis sedia pelan tindakan terhadap akta pengurangan inflasi AS

erman dan Perancis pada Isnin menetapkan pelan untuk Kesatuan Eropah (EU) bertindak terhadap program subsidi berbilion dolar oleh Amerika Syarikat (AS) untuk teknologi hijau akan datang, lapor dpa.

6. Bekas PM Australia Kevin Rudd dilantik sebagai duta ke AS

Bekas Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd dilantik sebagai duta ke Amerika Syarikat (AS).

7. Taiwan mahu perkukuh kerjasama dengan EU

Taiwan berusaha untuk membentuk pakatan demokratik yang berdaya tahan dengan Kesatuan Eropah (EU) selain memperkukuh hubungan ekonomi, kata Presiden Tsai Ing-wen pada Selasa.

8. Mogok Di Britain | Tentera ambil alih tugas pemandu ambulans

Britain mempersiapkan tenteranya untuk memandu ambulans pada Rabu ini apabila lebih 10,000 paramedik dan pengendali panggilan melancarkan mogok. Mogok itu susulan kebuntuan gaji antara kerajaan dan pekerja penjagaan kesihatan yang semakin memuncak.

9. Masih 'trauma', Itaewon sunyi tanpa kehadiran orang ramai

Kawasan Itaewon yang lazimnya bergemerlapan semasa musim cuti Krismas bagaikan 'pekan hantu' tanpa kehadiran orang ramai sejak tragedi rempuhan yang berlaku Oktober lalu.

10. Banjir Di Thailand | Lebih 51 ribu penduduk terjejas melibatkan 49 daerah

Lebih 51 ribu penduduk di Thailand terjejas ekoran hujan lebat dan ribut berlarutan yang mengakibatkan banjir buruk. Jabatan Mitigasi Dan Pencegahan Bencana (DDPM) dalam satu kenyataan memaklumkan wilayah yang terjejas teruk termasuk beberapa wilayah di selatan.