ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Disember 2022.

1. Banjir di Filipina, angka kematian meningkat kepada 25

Angka kematian akibat banjir dan hujan lebat dicetuskan oleh shear line di Filipina meningkat kepada 25 korban pada Rabu.

2. Lebih 200 Rohingya diselamatkan di Indonesia, 26 maut - PBB

Seramai 232 lagi pelarian Rohingya tiba di pantai barat laut Indonesia sejak beberapa hari lalu selepas meninggalkan kem pelarian di Bangladesh, menurut agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) pada Selasa.

3. COVID-19: AS cadang laksana langkah berjaga-jaga untuk pelancong China

Amerika Syarikat (AS) sedang mempertimbangkan untuk melaksanakan langkah pencegahan COVID-19 baharu bagi pelancong dari China berikutan susulan kes di negara itu, lapor Agensi Anadolu memetik laporan media pada Selasa.

4. Putin henti eksport minyak ke negara laksanakan penetapan had harga

Presiden Rusia, Vladimir Putin mengeluarkan dekri mengharamkan eksport minyak kepada negara-negara yang mengenakan dasar penetapan had harga bermula Februari.

5. 17 maut akibat ribut salji di Jepun

Ribut salji dilaporkan melanda sebahagian besar kawasan di Jepun yang mengakibatkan 17 individu maut manakala lebih 90 orang cedera.

6. Serbia, Kosovo di ambang peperangan

Serbia mula meletakkan tentera keselamatannya di sempadan Kosovo dalam keadaan siap siaga penuh untuk bertempur ketika kedua negara musuh sewaktu perang Balkan itu di ambang peperangan.

7. Mahkamah Myanmar: Nasib Suu Kyi diketahui minggu ini

Mahkamah Tentera Myanmar dijangka buat keputusan muktamad berhubung kes terhadap pemimpin Aung San Suu Kyi pada Jumaat.

8. Kemalangan | Puluhan kenderaan dirempuh di jambatan Zhengzhou

Puluhan kenderaan terlibat dalam kemalangan besar di sebuah jambatan di tengah bandar Zhengzhou, wilayah Henan di China pada Rabu. Menurut laporan Agensi Berita CCTV, sekurang-kurangnya seorang maut setakat ini.

9. Konflik Afghanistan | Majlis Keselamatan PBB kecam Taliban

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa penyertaan penuh, sama rata dan bermakna bagi wanita dan gadis di Afghanistan.

10. Kabus tebal jejas pengangkutan awam New Delhi

Suhu rendah dan kabus dilaporkan melanda ruang udara New Delhi sehingga suhu mencecah serendah 5.6 darjah celsius.