Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 30 Disember 2022.

1. Legenda bola sepak Pele meninggal dunia

Legenda bola sepak dunia Pele meninggal dunia pada usia 82 tahun.

2. Pemimpin, selebriti dan peminat bola sepak dunia ratapi pemergian Pele

Pemergian legenda bola sepak Pele pada Khamis menerima reaksi duka daripada kalangan peminat, pemimpin, dan juga selebriti di seluruh dunia.

3. Angka korban kebakaran di hotel kasino Kemboja meningkat ke 25

Angka korban akibat kebakaran membabitkan sebuah hotel kasino wilayah di Banteay Meanchey, Kemboja, meningkat kepada 25 orang setakat ini, lapor Xinhua.

4. Hukuman penjara terhadap Suu Kyi ditambah 7 tahun lagi

Mahkamah junta Myanmar di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun terhadap pejuang demokrasi Aung San Suu Kyi, atas lima pertuduhan rasuah.

5. Andrew Tate ditahan di Romania atas dakwaan penyeludupan manusia

Pempengaruh media sosial terkenal, Andrew Tate ditahan polis kerana dipercayai menyeludup manusia, rogol dan membentuk kumpulan jenayah terancang dalam satu serbuan di kediaman mewahnya di Bucharest, Romania, pada Khamis.

6. Jepun hapus 7.3 juta ayam akibat wabak selesema burung

Sekurang-kurangnya 7.3 juta ekor ayam telah dihapuskan di Jepun sejak awal Oktober lalu di tengah-tengah penularan wabak selesema burung, lapor Sputnik.

7. PBB gantung beberapa program selepas Afghanistan larang wanita bekerja

Beberapa program "kritikal" di Afghanistan telah digantung buat sementara waktu selepas Taliban melaksanakan larangan terhadap wanita yang bekerja dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO), menurut Jawatankuasa Tetap Antara Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (IASC) pada Rabu.

8. Pereka fesyen legenda Dame Vivienne Westwood meninggal dunia

Pereka fesyen legenda Dame Vivienne Westwood meninggal dunia pada usia 81 tahun.

9. Helikopter Terhempas | Empat individu hilang

Empat individu dikhuatiri hilang selepas sebuah helikopter terhempas di Teluk Mexico pada Khamis. Helikopter berkenaan yang membawa tiga pekerja pelantar minyak dan seorang juruterbang dilaporkan berlepas dari pelantar minyak di teluk Mexico kira-kira jam 8.40 pagi waktu tempatan.

10. COVID-19 | Itali wajibkan saringan ke atas pengembara China

Itali arahkan pengembara yang tiba dari China, menjalani ujian COVID-19 sebagai langkah mengekang penularan virus tersebut. Perdana Menterinya, Giorgia Meloni turut berharap Kesatuan Eropah (EU) mengikut langkahnya untuk mewajibkan ujian saringan ke atas pengembara dari negara itu.