ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 10 Februari 2023.

1. Bangkok terbuka perbincangan selesaikan konflik selatan Thailand - PM Anwar

Kerajaan Thailand dilihat terbuka untuk bekerjasama dengan Malaysia dalam menyelesaikan konflik yang berlaku di selatan negara itu.

2. Konflik Selatan Thai: Malaysia sedia jalankan peranan lebih proaktif - PM Anwar

Malaysia bersedia untuk menjalankan peranan lebih proaktif dalam proses rundingan damai dalam menamatkan konflik berpuluh tahun di wilayah selatan di Narathiwat, Yala, Pattani dan sebahagian Songkhla.

3. Kementerian Luar lancar kempen sumbangan kemanusiaan mangsa gempa bumi Turkiye, Syria

Bagi meringankan beban mangsa bencana gempa bumi yang melanda Turkiye, Syria dan negara-negara sekitar, Kementerian Luar melancarkan kempen sumbangan kemanusiaan melalui Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri (TBKLN) bermula 10 hingga 23 Feb ini.

4. Gempa Bumi | Australia hantar 72 anggota penyelamat, sumbangan EUR10 juta

Australia menghantar 72 anggota pasukan mencari dan menyelamat bersama 22 tan peralatan, bekalan kecemasan, khemah, gergaji rantai dan gerudi, ke Turkiye. Menteri Pertahanan Australia, Richard Marles, berkata bantuan bencana gempa bumi ini disertakan dengan sumbangan 10 juta dolar Australia.

5. Bank Dunia umum bantuan AS$1.78 bilion untuk Turkiye

Bank Dunia mengumumkan bantuan baharu sebanyak AS$1.7 bilion untuk Turkiye bagi membantu negara itu pulih daripada gempa bumi kuat yang melanda baru-baru ini, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.

6. Gempa bumi: Pasukan perubatan ATM berlepas ke Turkiye, laksana misi hospital medan

Malaysia telah menggerakkan Operasi Starlight melibatkan anggota perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi misi Hospital Medan Tahap 3 di Turkiye.

7. Gempa bumi Turkiye, Syria: Angka korban kini lebih 21,000

Jumlah kematian akibat gempa bumi dahsyat yang melanda Turkiye dan Syria kini disahkan sekurang-kurangnya 21,051, menurut kenyataan pihak berkuasa kedua-dua negara.

8. Gempa bumi Turkiye: Bencana terburuk dalam sejarah negara - Erdogan

Turkiye dilanda satu bencana terburuk dalam sejarah negara, kata Presiden Recep Tayyip Erdogan pada Jumaat, merujuk kepada gempa bumi kuat yang melanda negara ini.

9. Presiden Afrika Selatan isytihar bencana kebangsaan akibat krisis tenaga

Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa pada Khamis mengisytiharkan darurat bencana kebangsaan bagi menangani krisis bekalan elektrik negara itu, lapor Xinhua.

10. Isu industri media dalam keadaan tidak berapa baik - Presiden Jokowi

Presiden Indonesia Joko Widodo menzahirkan keprihatinannya terhadap isu industri media pada masa ini yang dilihatnya "sedang tidak baik-baik sahaja" (dalam keadaan tidak baik).