ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 17 Februari 2023.

1. Gempa Turkiye: Parti pemerintah tidak bercadang tangguhkan pilihan raya 

Parti Keadilan dan Pembangunan yang memerintah Turkiye tidak membincangkan mengenai penangguhan pilihan raya umum, maka dua tarikh yang dipilih sebelum ini kekal tidak berubah.

2. Gempa Syria: Dua hari berturut-turut tarik keluar lima jasad ahli keluarga

Hassan Al Ali memberitahu, dua hari berturut-turut dia hanya mampu melihat jasad tanpa nyawa ahli keluarganya ditarik keluar.

3. Riyadh bakal jadi pusat bandar raya terbesar dunia

Projek itu meliputi muzium ikonik, universiti teknologi dan reka bentuk, teater tiga dimensi pelbagai guna dan lebih 80 tempat hiburan dan kebudayaan.

4. Gempa Turkiye, Syria: PBB lancar tabung bantuan AS$1 bilion, bantu jutaan mangsa

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melancarkan rayuan dana satu bilion dolar bagi membantu mangsa gempa bumi minggu lalu yang kini terdesak memerlukan bantuan. 

5. Presiden AS "sihat untuk bertugas" - Doktor

"Presiden Biden kekal sihat, cergas dalam usia 80 tahun dan mampu untuk melaksanakan tugas-tugas presiden."

6. Tesla panggil balik 360,000 kereta susulan kerosakan perisian FSD

Penarikan balik itu meliputi kenderaan Model S (2016-23), Model X, Model 3s (2013-17) dan Model Y (2020-23) tertentu.

7. Lawatan Presiden Jerman: Anwar sekali lagi luah kebimbangan sekatan sawit EU

Malaysia sekali lagi meluahkan kebimbangan berhubung sekatan Kesatuan Eropah (EU) terhadap produk sawit dari Malaysia.

8. Korea Utara beri amaran keras terhadap latihan Korea Selatan-AS

Korea Utara memberi amaran akan "mengambil tindakan yang tidak pernah dilihat sebelum ini" andai Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) meneruskan latihan ketenteraan seperti dirancang.

9. Atlet lompat jauh Greece lelong kasut untuk kanak-kanak mangsa gempa bumi Turkiye

Kasut milik Miltiadis Tentoglou itu akan dilelong seperti yang dicadangkan oleh jurulatihnya Giorgos Pomaski.

10. Bruce Willis disahkan menghidap demensia

Pelakon Hollywood terkenal Bruce Willis disahkan menghidap demensia 'frontotemporal'. Keluarganya dalam satu kenyataan menyifatkan diagnosis itu sebagai menamatkan tanda tanya tentang status kesihatan aktor