ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 7 Mac 2023.

1. Tiada kawasan di Ukraine akan dibiarkan - Presiden Zelenskyy

Presiden Volodymyr Zelenskyy berkata tidak ada mana-mana kawasan di Ukraine akan ditinggalkan, meskipun kepemimpinan tentera memutuskan untuk memperkuat kedudukan pertahanan di bandar Bakhmut di wilayah Donetsk.

2. Pembunuhan Abby Choi: Suspek ketujuh ditahan di China

Seorang wanita warganegara Hong Kong telah ditahan di China berhubung pembunuhan kejam model Abby Choi, sekali gus menjadi individu ketujuh yang ditahan sebagai suspek.

3. Parlimen Israel lanjutkan undang-undang larang penyatuan semula keluarga Palestin

Knesset (Parlimen Israel) pada Isnin melanjutkan undang-undang yang menghalang penyatuan semula keluarga Palestin untuk tempoh setahun lagi. Lanjutan undang-undang itu diluluskan dengan 20 undi menyokong manakala sembilan membantah

4. AS keluar peringatan jangan melancong ke Tamaulipas

Jabatan Negara mengulangi amaran kepada rakyat Amerika supaya tidak melakukan perjalanan ke negeri Tamaulipas di Mexico.

5. Tanah runtuh ragut sekurang-kurangnya 10 nyawa

Tanah runtuh di kepulauan Riau, Indonesia menyebabkan sekurang-kurangnya 10 nyawa dan beberapa yang lain masih hilang.

6. Media dilarang siar ucapan bekas PM

Stesen televisyen Pakistan dilarang daripada menyiarkan ucapan bekas Perdana Menteri, Imran Khan atas sebab ia boleh menggugat ketenteraman awam.

7. Pada usia 81 tahun, Biden tolak jalani ujian kecekapan mental

Presiden Joe Biden, kini berusia 81 tahun, tidak akan menjalani ujian kecekapan walaupun berpeluang meneruskan khidmat penggal kedua di White House pada pemilihan 2024 nanti.

8. Perbuatan racun pelajar perempuan jenayah serius

Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei sifatkan perbuatan meracun pelajar sekolah sebagai jenayah dan mahu mereka yang terlibat dihukum.

9. IAEA optimis rundingan nuklear dengan Iran memasuki fasa baharu

Ketua Pengarah IAEA sifatkan rundingan nuklear dengan Iran bakal memasuki fasa baharu, susulan kesediaan negara itu memasang semula alat pemantauan di loji nuklear.

10. Brazil siasat hadiah barangan kemas RM14.3 juta dari Arab Saudi kepada Bolsonaro

Barangan kemas Chopard yang tidak diisytihar itu ditemukan dalam beg galas seorang pegawai kerajaan yang sebaik pulang dari Riyadh pada 2021.