1. Roger Ng diperintah lucut hak AS$35.1 juta
Bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc, Roger Ng diperintah untuk melucut hak AS$35.1 juta oleh hakim yang menolak dakwaannya bahawa Malaysia telah mengambil kesemua wangnya.
2. Azeem raih emas acara 100 meter di Florida
Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi terus mencipta sensasi di Amerika Syarikat selepas menjuarai acara 100 meter (m) pada Kejohanan Florida State University (FSU) Relays, awal pagi tadi (3 pagi waktu Malaysia).
3. Parti Jamaat-e-Islami Pakistan gesa pilihan raya diadakan segera
Parti Jamaat-e-Islami Pakistan bersama-sama pihak lain menggesa pilihan raya diadakan segera bagi menangani krisis politik yang sedang melanda.
4. Rwanda bebaskan aktivis Rusesabagina dari penjara
Aktivis hak asasi manusia Paul Rusesabagina yang membantu pelarian semasa pembunuhan beramai-ramai di Rwanda, dibebaskan dari penjara hasil usaha pentadbiran Biden, menururt seorang pegawai kanan pentadbiran Amerika Syarikat (AS) kepada pemberita.
5. Dua terbunuh dalam letupan kilang coklat di Pennsylvania
Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan beberapa yang lain cedera dalam letupan dan kebakaran di sebuah kilang coklat di Pennsylvania Amerika Syarikat, lapor Sputnik.
6. Earth Hour: Matikan suis demi selamatkan bumi
Earth Hour bermula pada tahun 2007, bertitik tolak daripada kekecewaan tentang ketidakupayaan untuk menangani perubahan iklim dan melindungi alam semula jadi.
7. Acara Earth Hour dibatalkan di Australia susulan amaran ribut petir
Biro Meteorologi Australia pada Sabtu mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa bahagian di New South Wales (NSW) hanya beberapa jam sebelum acara Earth Hour dijadual bermula pada 8.30 malam waktu tempatan.
8. Panel Dialog Keamanan Selatan Thailand cadang hentikan keganasan sepanjang Ramadan
Panel Dialog Keamanan bagi Wilayah Sempadan Selatan Thailand (PEDP) mahu semua pihak menghentikan keganasan sepanjang Ramadan bagi mewujudkan suasana yang selamat dan sejahtera.
9. Muzium popular di kota London jadi tuan rumah majlis iftar
Program yang diadakan pada Jumaat itu dianjurkan oleh Projek Khemah Ramadhan (Ramadan Tent Project) yang disertai lebih 400 orang, lapor Agensi Anadolu.
10. AS: Utah jadi negeri pertama hadkan penggunaan media sosial dalam kalangan remaja
Utah di Amerika Syarikat bakal menjadi negeri pertama yang mengehadkan penggunaan Facebook, Twitter, Instagram dan platform media sosial lain dalam kalangan remaja, lapor Xinhua.