ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 2023.

1. Perkhidmatan kereta api China-Laos bantu permudahkan eksport durian Thailand ke China

Thailand Royal Farm Group Co, Ltd telah menjalankan perniagaan eksport durian di Wilayah Chanthaburi, lokasi pengeluar durian terkenal Thailand, selama lebih 16 tahun.

2. Bekas raja Juan Carlos pulang ke Sepanyol buat kali kedua sejak hidup dalam buangan

Bekas Raja Sepanyol Juan Carlos I kembali ke tanah airnya pada Rabu buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun sejak berpindah ke Abu Dhabi pada Ogos 2020.

3. Eksport Thailand dijangka catat kadar pertumbuhan perlahan tahun ini - Dewan Perniagaan Thailand

Eksport Thailand dijangka mencatatkan kadar pertumbuhan yang perlahan antara tiga dan lima peratus pada tahun ini berbanding 16 peratus pada tahun lepas.

4. AS umum bantuan senjata tambahan untuk Ukraine bernilai AS$325 juta

Menurut senarai daripada Jabatan Pertahanan (DoD), bahagian baharu bantuan keselamatan itu antara lain termasuk peluru tambahan untuk HIMARS, peluru artileri, sistem antiperisai, lebih sembilan juta butir peluru senjata kecil serta empat kenderaan sokongan logistik.

5. Pelepasan karbon dikurangkan sebanyak 45 peratus sejak 2015 - Apple

Apple menjelaskan bahawa pihaknya sedang membuat kemajuan ke arah menjadikan setiap produk neutral karbon menjelang 2030 dan ia telah mencapai matlamat ini menerusi operasi korporat globalnya.

6. 67 juta kanak-kanak tidak divaksin semasa pandemik - UNICEF

Menurut data, keyakinan terhadap vaksin kanak-kanak menurun sebanyak 44 peratus di beberapa negara semasa wabak itu.

7. Indonesia: Lebih 205 juta pengundi layak mengundi pada pilihan raya 2024

Lebih 205 juta rakyat Indonesia yang tinggal di dalam dan luar negara layak mengundi dalam pilihan raya umum yang dijadualkan pada 14 Feb 2024, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU).

8. Rempuhan di pusat bantuan Yaman, sekurang-kurangnya 80 maut

Bencana itu berpunca akibat rempuhan semasa pengagihan wang tunai secara rawak oleh peniaga tempatan, tanpa mendapat kerjasama organisasi atau kementerian.

9. 320 anggota keselamatan Sudan, 20,000 pelarian lari ke Chad

Kira-kira 320 anggota keselamatan Sudan meninggalkan medan pertempuran dan menyeberangi sempadan untuk menyerah diri kepada tentera Chad.

10. Konflik di Sudan: Angka korban kini hampir cecah 300 - Ketua WHO

Hampir 300 orang dilaporkan terbunuh akibat pertempuran berterusan antara pasukan tentera dan Rapid Support Forces (RSF) di Sudan setakat ini.