ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 3 Mei 2023.

1. Laut China Selatan: Gangguan Pengawal Pantai China, AS sokong Filipina

Amerika Syarikat (AS) mengesahkan sokongannya terhadap sekutu perjanjiannya Filipina berikutan gangguan oleh Pengawal Pantai China di Laut China Selatan baru-baru ini.

2. Turkiye rancang bincang lanjutkan perjanjian eksport bijirin dengan Rusia, Ukraine

Turkiye berharap perjanjian bijirin akan diteruskan tanpa sebarang gangguan bagi mengelak krisis makanan global.

3. Kerajaan Australia komited banteras tabiat merokok dan vape

Vape mula diharamkan secara bertahap susulan kerajaan sedang cuba melindungi generasi seterusnya daripada dibelenggu ketagihan nikotin.

4. Jerman, Itali kerjasama banteras kumpulan mafia paling kaya dan berpengaruh

Kumpulan 'ndrangheta yang berpangkalan di Calabria dianggap sebagai kumpulan jenayah terancang paling kaya di dunia.

5. Calon PM Thailand selamat lahirkan anak, sekarang mahu kembali ke pentas kempen

Paetongtarn Shinawatra yang baru melahirkan seorang bayi lelaki pada Isnin lalu, yakin bahawa perjuangannya bakal mendapat kemenangan besar.

6. 'Mesin plagiat': Penulis dan studio Hollywood 'bertelagah' tentang masa depan AI

Perselisihan pendapat berhubung AI adalah antara beberapa isu yang mencetus protes dalam kalangan penulis-penulis skrip di Hollywood.

7. Wartawan sedang dipenjara di Iran dinobatkan penerima Hadiah Kebebasan Akhbar UNESCO

Tiga wartawan wanita terkemuka Iran yang kini dipenjara di negara itu, dinobatkan sebagai penerima Hadiah Kebebasan Akhbar Dunia UNESCO/Guillermo Cano 2023.

8. Pelabuhan utama Sudan sesak, ribuan orang mahu berpindah demi keselamatan

Selain menuju ke pelabuhan, orang awam turut berpusu-pusu menuju ke utara Sudan yang bersempadan dengan Mesir.

9. Jet tempur Israel serang kedudukan pejuang Palestin di Gaza

Jet tempur Israel pada Selasa melancarkan serangan udara menyasarkan kedudukan kumpulan pejuang Palestin di Semenanjung Gaza yang dikepung.

10. China keluarkan durian Jun ini, pengusaha tempatan bakal terjejas

Tahun 2023 akan menjadi tahun yang digeruni oleh pengusaha durian tempatan apabila media melaporkan China akan mengeluarkan keluaran pertama raja buah itu pada Jun depan.