ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Jun 2023.

1. Seramai 1,845,045 jemaah direkodkan bagi musim haji 2023 - Perangkaan Arab Saudi

Perhitungan Jabatan Perangkaan Am Arab Saudi menunjukkan jumlah jemaah haji bagi musim kali ini mencecah 1,845,045 jemaah, termasuk 184,130 jemaah domestik.

2. Pertempuran sengit meletus di Khartoum menjelang Aidiladha

Pertempuran sengit meletus antara Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) di Khartoum ibu negara Sudan pada Selasa, menjelang Aidiladha

3. Rusuhan tercetus di Paris selepas remaja maut ditembak polis

Rusuhan jalanan menggegarkan pinggir bandar Nanterre di Paris, selepas polis menembak mati seorang remaja berusia 17 tahun semasa satu pemeriksaan polis trafik pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

4. AS kenakan lebih banyak sekatan ke atas sekutu Wagner di Afrika

Kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan pelaksanaan beberapa lagi sekatan baharu berhubung pasukan separa tentera Wagner Rusia di Afrika, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

5. Potret terakhir pelukis Gustav Klimt catat rekod jualan GBP85.3 juta

Potret terakhir hasil sentuhan pelukis Gustav Klimt sebelum kematiannya, dijual pada harga GBP85.3 juta (AS$108.4 juta) dalam acara lelongan di London, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

6. Sumbang mahram dengan anak, lelaki dakwa 'diperintah' dukun bunuh 7 bayi kalau nak kaya-raya

Seorang lelaki yang dikenali sebagai R, 57, dipercayai telah membunuh dan menanam hidup-hidup tujuh mayat bayi di satu kawasan hasil daripada perlakuan sumbang mahram terhadap anak kandungnya sendiri.

7. 100,000 umat Islam tunaikan solat Aidiladha, polis Israel serbu kawasan Masjid Al-Aqsa

Sekitar 100,000 jemaah menunaikan solat Aidiladha di Masjid Al-Aqsa, sebelum polis Israel menyerbu kawasan suci umat Islam dan memaksa jemaah keluar dari kawasan Bab al-Rahma, serta menahan beberapa orang, mengikut sumber tempatan.

8. OPEC nafi terima Guyana sebagai ahlinya

Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak Petroleum (OPEC) pada Selasa menafikan laporan media bahawa kumpulan itu menjemput Guyana untuk menyertai pertubuhan terbabit, lapor Xinhua.

9. Angka korban bangunan runtuh di Mesir meningkat kepada 10 orang

Angka kematian akibat runtuhan bangunan 13 tingkat di bandar utara Mesir, Iskandariah meningkat kepada 10 orang, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik media Mesir.

10. Gencatan senjata di Sudan pada hari pertama Aidiladha

Pemimpin de facto Sudan yang juga ketua angkatan bersenjata mengumumkan gencatan senjata "unilateral" pada Selasa, sempena sambutan Aidiladha umat Islam.