ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 20 Ogos 2023.


1. Kebakaran hutan di Tenerife, Sepanyol semakin marak di luar kawasan

Kebakaran hutan di Tenerife semakin marak di luar kawalan walaupun pihak bomba bertungkus lumus memadamkan api selama empat hari, lapor Agensi Berita Jerman dpa.



2. Bas terbakar di Pakistan, 20 maut, 15 cedera

Sekurang-kurangnya 20 orang maut manakala 15 yang lain cedera pada Ahad selepas sebuah bas penumpang bertembung dengan sebuah kenderaan dan terbakar di daerah Hafizabad di wilayah Punjab timur Pakistan, lapor pegawai penyelamat dan kesihatan.


3. China sedia tingkat kerjasama dalam pelbagai bidang dengan Thailand

Menteri Luar China Wang Yi pada Sabtu bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Luar Thailand Don Pramudwinai yang sedang dalam lawatan ke Beijing, lapor Xinhua.


4. India kenakan duti eksport baharu ke atas bawang

Pengeksport bawang terbesar dunia, India mengenakan 40 peratus duti eksport ke atas bawang berkuat kuasa serta-merta.


5. Presiden Jokowi mulakan lawatan pertama ke Afrika

Presiden Joko Widodo (Jokowi) sedang menuju ke Afrika untuk mengadakan lawatan kerja ke empat negara di rantau itu, menjadi lawatan pertamanya ke benua itu sebagai presiden, lapor Agensi Berita ANTARA.


6. 45 pesawat, 9 kapal China dikesan hampiri Taiwan

Kementerian Pertahanan Taiwan pada Ahad berkata sebanyak 45 pesawat Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) dan sembilan kapal Tentera Laut Tentera Pembebasan Rakyat (PLAN) dilihat menghampiri pulau itu sejak sehari lalu, lapor Sputnik.


7. Kapal angkasa milik Rusia terhempas di bulan

KAPAL angkasa Luna-25 milik Rusia terhempas di bulan selepas mengalami masalah luar kawalan.


8. 11 buruh maut dalam letupan bom di barat laut Pakistan

Sekurang-kurangnya 11 buruh maut, dua cedera manakala tiga lagi hilang dalam letupan bom di daerah Waziristan Utara wilayah Khyber Pakhtunkhwa (KP) barat laut Pakistan, lapor pasukan penyelamat pada Ahad.


9. "An Evening with Friends of Malaysia" usaha tingkat hubungan dua hala dengan AS

DUTA Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menjadi tuan rumah kepada beberapa orang kenamaan di Washington DC pada 15 Ogos lalu.


10. 3 lelaki Britain didapati salah curi pasu Dinasti Ming bernilai AS$2.5 juta

Tiga lelaki warga Britain didapati bersalah atas kesalahan mencuri pasu antik Dinasti Ming China bernilai AS$2.5 juta.