ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Oktober 2023.


1. Permohonan suaka ke Eropah melonjak dalam tempoh tiga suku pertama 2023

Lebih 800,000 permohonan suaka difailkan di Kesatuan Eropah (EU), Norway dan Switzerland pada tahun ini sehingga Oktober.



2. Tiga wilayah di Indonesia perlu waspada risiko kebakaran hutan baharu

Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia pada Selasa memberi amaran kepada penduduk di Kalimantan Selatan, Kalimantan Tengah dan Nusa Tenggara Timur mengenai risiko kebakaran hutan baharu, lapor Agensi Berita ANTARA.


3. Presiden Xi Jinping adakan pertemuan dengan delegasi Kongres AS

Presiden China Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan delegasi dwipartisan Senat Amerika Syarikat (AS) yang diketuai Ketua Majoriti Chuck Schumer di Dewan Besar Rakyat di sini, pada Isnin.


4. Palang Merah sedia beri bantuan kepada Gaza

Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) bersedia memberikan bantuan kesihatan kepada Israel dan Semenanjung Gaza apabila diperlukan, kata jurucakap ICRC Fatima Sator kepada Sputnik pada Selasa.


5. 123,000 penduduk di Gaza hilang tempat tinggal ekoran serangan Israel - PBB

Lebih 123,000 orang hilang tempat tinggal di Gaza akibat serangan berterusan Israel, kata Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin, lapor Xinhua.


6. Internet, komunikasi terputus di sebahagian besar Gaza akibat serangan udara Israel

Serangan udara Israel pada Isnin yang memusnahkan sebahagian besar kawasan kejiranan Al-Rimal di Bandar Gaza, menyebabkan Internet dan komunikasi terputus.


7. Pemandu rempuh bangunan Konsulat China maut ditembak

Seorang pemandu kereta mati ditembak polis di bandar San Francisco, California Amerika Syarikat (AS) selepas kereta yang dipandunya merempuh bangunan konsulat China, lapor Sputnik memetik CBS News pada Selasa.


8. Gempa bumi di Afghanistan: Tiada rakyat Malaysia terkesan secara langsung - Wisma Putra

Tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan mengalami kecederaan atau menerima kesan secara langsung akibat kejadian gempa bumi yang melanda wilayah Herat di Afghanistan pada 7 Oktober.


9. Anwar akan bincang isu kos sara hidup dengan PM Thailand

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu berkaitan kos sara hidup yang meningkat di Malaysia dan Thailand adalah antara perkara yang akan dibincangkan pada pertemuannya dengan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin esok.


10. 19 juta kanak-kanak Sudan tidak dapat ke sekolah akibat konflik

Dianggarkan 19 juta kanak-kanak di Sudan tidak bersekolah ekoran konflik ketenteraan, menurut Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Save the Children dalam satu kenyataan bersama pada Isnin, lapor Xinhua.