ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 16 Oktober 2023.


1. Perang Palestin-Israel: Selepas 10 hari, Lintasan Rafah dibuka untuk bantuan kemanusiaan

Lintasan Rafah di selatan Gaza-Mesir dibuka bagi membenarkan konvoi kemanusiaan memasuki Gaza pada Isnin.



2. Tiada tindakan tegas, dunia benarkan 'pembunuhan beramai-ramai' rakyat Palestin - PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dunia seolah-olah membenarkan jenayah pembunuhan beramai-ramai sekiranya tiada sebarang tindakan tegas diambil untuk membela rakyat Palestin dan mempertahankan bumi Gaza.


3. Kaukus Palestin Parlimen Malaysia mahu Kerajaan terus laksana diplomasi agresif

Kaukus Palestin Parlimen Malaysia hari ini menyambut baik keputusan Kerajaan Malaysia untuk melakukan ‘apa sahaja yang perlu’ bagi menyelesaikan kezaliman yang berlaku terhadap rakyat Palestin akibat peperangan dengan Israel.


4. Beratur sejauh 1km untuk dapatkan makanan, minum air kotor di Gaza - Dr Ziad

Keadaan di Gaza semakin meruncing berikutan sekatan bagi mendapatkan bekalan air bersih dan makanan, menurut Pengurus MyCARE Gaza Dr Ziad Shehada.


5. 2,670 korban di Gaza, Palestin seru bantuan kesihatan, kemanusiaan

Konflik antara Hamas dan Israel yang masih belum menunjukkan tanda-tanda akan reda terus menyaksikan krisis kemanusiaan dengan jumlah korban akibat peperangan itu terus meningkat.


6. Iran keluarkan amaran baharu kepada Israel, Amerika Syarikat

Iran terus memberi amaran kepada Israel jika terus meningkatkan konflik di Gaza, ia berisiko melibatkan penyertaan tentera negara itu.


7. Israel buat 'silap besar' jika duduki semula Gaza, kata Presiden Amerika

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menegaskan, adalah satu "kesilapan besar" jika Israel menduduki semula Gaza, lapor portal berita CNN.


8. Hamas tidak mewakili rakyat Palestin - Presiden Mahmoud Abbas

Presiden Mahmoud Abbas menegaskan, tindakan dan dasar kumpulan Hamas tidak mewakili rakyat Palestin, lapor agensi berita rasmi negara itu, WAFA.


9. 50,000 wanita hamil di Gaza tidak dapat khidmat kesihatan asas - UNFPA

Tabung Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA) berkata 50,000 wanita hamil di Semenanjung Gaza tidak memperoleh akses perkhidmatan kesihatan asas.


10. Muzium Louvre dan Istana Versailles dibuka semula

Dua pusat tarikan pelancong utama Perancis iaitu Muzium Louvre dan Istana Versailles dibuka semula kepada pengunjung selepas terpaksa ditutup ekoran ancaman keselamatan pada Sabtu.