ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 30 Oktober 2023.
1. Malaysia akan balas peningkatan pelaburan Singapura dengan selesaikan isu tertunggak
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia pasti akan membalas pelaburan dan perdagangan yang semakin meningkat dari Singapura ke Malaysia dengan usaha serius untuk menyelesaikan sebahagian besar isu yang masih belum selesai.
2. Puluhan penduduk Palestin terbunuh, cedera dalam serangan udara Israel di Gaza
Berpuluh-puluh penduduk Palestin terbunuh manakala yang lain cedera dalam serangan udara tentera penceroboh Israel ke atas bangunan kediaman dan rumah di pelbagai kawasan di Semenanjung Gaza pada petang Ahad, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
3. Gaza: 47 masjid musnah, 3 gereja rosak dibom Israel
Serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lalu mengakibatkan kemusnahan 47 buah masjid manakala tiga gereja rosak, kata pejabat media kerajaan tempatan pada Ahad.
4. Israel terus bedil kawasan berhampiran Hospital Al-Quds
Tentera Israel membedil kawasan berhampiran Hospital Al-Quds di utara Semenanjung Gaza selepas rejim Zionis mengeluarkan amaran untuk segera mengosongkan bangunan tersebut.
5. AS gesa Israel lindungi orang awam, tingkat bantuan ke Gaza
Amerika Syarikat (AS) desak Israel untuk melindungi orang awam di Gaza dan membenarkan peningkatan segera bantuan kemanusiaan.
6. Halang bantuan ke Gaza mungkin jenayah di bawah ICC
Menghalang bekalan bantuan kepada penduduk Gaza mungkin merupakan jenayah di bawah bidang kuasa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
7. RSF sahkan wartawan dibunuh di Lubnan memang disasar Israel
Reporters Without Borders (RSF) mengesahkan pembunuhan wartawan visual Reuters, Issam Abdallah di Lubnan pada 13 Oktober lalu berpunca daripada serangan yang disasarkan dari arah sempadan Israel.
8. Tentera Zionis masuk Gaza sebelum berundur semula ke Israel
Tentera darat Israel mendakwa berada di Gaza selepas memasuki kawasan itu pada Sabtu.
9. Isteri Presiden Turki, Emine Erdogan bersuara sokong Palestin
Isteri Presiden Turki, Emine Erdogan menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin dalam perang Palestin-Israel pada Sabtu.
10. G-7 gesa sekatan ke atas produk perikanan Jepun ditarik balik
Menteri-menteri perdagangan Kumpulan Tujuh (G-7) menggesa larangan import ke atas produk perikanan Jepun ditarik balik.
Astro Awani
Mon Oct 30 2023
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Malaysia seru proses peralihan kuasa secara aman di Syria - PM Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Malaysia, Rusia perkukuh kerjasama STEM - PM Anwar
Anwar berkata, kepakaran Rusia yang diiktiraf dalam STEM selaras dengan aspirasi banyak negara Islam, termasuk Malaysia.
PM Anwar merafak sembah ucapan tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Selangor
Anwar mendoakan semoga Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin terus dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan.
Pembangunan perumahan mesti penuhi aspek manusiawi - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu projek perumahan khususnya rumah mampu milik, mesti memenuhi aspek manusia dan keperluan asas rakyat.
Titah Adendum: Anwar serah kepada Agong isu Najib
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengemukakan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan.
Titah Adendum: Tidak munasabah ulas isu dalam prosiding mahkamah secara terbuka - Anwar
Perdana Menteri menegaskan bahawa isu kewujudan Titah Adendum yang membolehkan Datuk Seri Najib menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah tidak wajar diulas secara terbuka.
Pulau Batu Puteh: Jika saya khianat, TPM masa itu juga khianat - Tun Mahathir
Dr Mahathir menegaskan, beliau tidak sama sekali menggadai kedaulatan Malaysia dan segala keputusan yang dibuat adalah demi bangsa, agama, serta negara.