ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 12 Disember 2023.
1. Resolusi 377 PBB hanya tinggal cadangan jika anggota tetap UNSC tidak bersatu
Perhatian kini tertumpu kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) yang dijangka mengundi untuk gencatan senjata segera di Semenanjung Gaza berikutan permintaan rasmi daripada Mesir dan Mauritania, menggunakan Resolusi 377A (V) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
2. Penyebaran imej tahanan Gaza “sangat mengganggu” - Amerika Syarikat
Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Matthew Miller menegaskan, penyebaran gambar sejumlah tahanan lelaki Palestin yang hanya mengenakan seluar dalam dan menyerahkan senjata secara sukarela “sangat menganggu.”
3. Menteri Luar China-Iran bincang isu Gaza
Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Menteri Luar Wang Yi mengadakan perbincangan menerusi telefon dengan rakan sejawatnya dari Iran Amir Abdollahian pada Isnin, antara lain menumpukan kepada situasi di Gaza.
4. Peranan China di persada dunia semakin penting - Bekas Canselor Austria
Peranan dan suara China semakin penting dalam membantu mewujudkan dunia "multipolar", menurut bekas Canselor Austria, Wolfgang Schuessel.
5. Dewan Perwakilan AS lulus rang undang-undang larang import uranium keluaran Rusia hingga 2040
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) meluluskan undang-undang melarang import uranium tertentu keluaran Rusia ke AS yang terus berkuat kuasa sehingga 2040, lapor Sputnik.
6. Rusia bina lebih banyak kapal selam nuklear bersenjata strategik - Putin
Rusia merancang untuk memperluas armada kapal selam nuklear bersenjata strategik kata Presiden Vladimir Putin pada Isnin semasa menghadiri pentauliahan dua kapal selam baharu di Severodvinsk di utara negara itu.
7. AS rekod lebih 1,600 kematian akibat selesema musim ini - CDC
Amerika Syarikat mencatatkan sekurang-kurangnya 2.6 juta kes membabitkan selesema, dengan 26,000 individu dimasukkan ke hospital dan 1,600 kematian, menurut anggaran terkini Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC).
8. PBB isytihar Myanmar sumber terbesar candu dunia
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa mengisytiharkan Myanmar, yang diperintah junta, sebagai sumber terbesar candu di dunia.
9. 100 gajah mati di Zimbabwe akibat kemarau
Sekurang-kurangnya 100 ekor gajah mati di Taman Negara Hwange di Zimbabwe akibat kemarau yang disebabkan oleh El Nino, kata kumpulan kebajikan dan pemuliharaan haiwan antarabangsa pada Isnin.
10. Tatsumi, manusia tertua di Jepun meninggal dunia pada usia 116 tahun
Seorang wanita berusia 116 tahun yang diiktiraf sebagai manusia tertua di Jepun meninggal dunia akibat sakit tua di Kashiwara, Wilayah Osaka pada pagi Selasa, lapor media tempatan.
Astro Awani
Tue Dec 12 2023
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Ketua PBB 'sangat bimbang' dengan serangan udara Israel yang berulang di Syria
Antonio Guterres mengecam sekeras-kerasnya "pelanggaran besar-besaran terhadap kedaulatan dan keutuhan wilayah Syria baru-baru ini,".
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Malaysia kecam tindakan Israel, gesa campur tangan PBB dalam krisis Gaza
431 hari telah berlalu sejak serangan bermula, mengakibatkan lebih 44,000 kematian, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
BDDA peruntuk RM60 juta perhebat transformasi Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan - Uggah
Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) akan memperuntukkan sebanyak RM60 juta tahun depan untuk memperhebat usaha menjadikan kawasan DUN Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan.
Perhimpunan Agung PBB sambung semula sesi tergempar tangani situasi serius di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyambung semula sesi khas tergempar ke-10 bagi menangani situasi serius di Semenanjung Gaza malam tadi, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Malaysia ulangi komitmen sokongan padu terhadap Palestin, gesa gencatan senjata di Gaza dan Lubnan
Malaysia mengulangi komitmen berterusan dan sokongan padu terhadap perjuangan Palestin dan usaha damai yang mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara merdeka.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Penubuhan Pejabat UN-Habitat pengiktirafan PBB kepada Malaysia
Pejabat itu akan menjadi pusat tumpuan serantau yang berfungsi sebagai penghubung utama 58 negara kepada UN-Habitat dan rakan kongsinya.
100 negara sokong perjanjian hadkan pengeluaran barangan plastik
Sokongan itu bagaimanapun berdepan tentangan sengit daripada segelintir negara pengeluar minyak.
Israel sekat bantuan kemanusiaan ke utara Gaza
Gaza terus berdepan krisis kemanusiaan yang teruk, dengan penduduknya menghadapi ancaman kelaparan, penyakit, dan kematian.